Resipi Dan Petua - Bosch ErgoMixx MS62B6190G Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Resipi dan petua

■ Biarkan peranti untuk menyejuk selama
kira-kira 1 jam untuk menyahaktifkan
peranti perlindungan beban lebih.
■ Hidupkan perkakas sekali lagi.
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila
hubungi khidmat pelanggan.
Resipi dan petua
Mayonis
Alat: tapak pengadun
– 1 biji telur (kuning telur dan putih telur)
– 1 sudu besar mustard
– 1 sudu besar jus lemon atau cuka
– 200-250 ml minyak
– Garam dan lada secukup rasa
Semua bahan hendaklah berada pada suhu
yang sama!
■ Letakkan bahan di dalam jag.
■ Letakkan pengadun tangan di bahagian
bawah jag dan adunkan bahan (tetapan
turbo) sehingga campuran teremulsi.
■ Angkat pengadun yang dihidupkan
secara perlahan-lahan setakat pinggir
atas campuran dan turunkan semula
sehingga mayonis siap.
Petua: Mengikut resipi ini, anda juga boleh
membuat mayonis dengan kuning telur
sahaja. Walau bagaimanapun, gunakan
hanya separuh daripada jumlah minyak.
Sup sayur
Alat: tapak pengadun
– 300 g kentang
– 200 g lobak merah
– 1 batang saderi yang kecil
– 2 biji tomato
– 1 biji bawang besar
– 50 g mentega
– 2 l air
– Garam dan lada secukup rasa
■ Buangkan kulit dan biji tomato.
■ Bersihkan, basuh dan potong sayuran
dan saute dalam mentega panas.
■ Tambah air dan garam.
■ Biarkan masak selama 20-25 min.
■ Angkat periuk dari dapur.
■ Purikan sup di dalam periuk dengan
pengadun.
18
■ Perasakan dengan garam dan lada
secukup rasa.
Bater untuk krep
Alat: tapak pengadun
– 250 ml susu
– 1 biji telur
– 100 g tepung gandum
– 25 g mentega yang dicairkan,
disejukkan
■ Masukkan semua bahan ke dalam jag
mengikut urutan yang dinyatakan dan
adun sehingga bater menjadi halus dan
sebati.
Minuman susu adunan
Alat: tapak pengadun
– 1 gelas susu
– 6 biji strawberi besar atau 10 biji
raspberi atau 1 biji pisang (dipotong
menjadi kepingan)
■ Masukkan bahan ke dalam jag dan
adun.
■ Tambah gula secukup rasa.
Petua: Untuk susu kocak, tambah satu
senduk ais krim atau gunakan susu yang
sangat sejuk.
Patti kentang
Alat: Aksesori berbilang fungsi (Sisipan
cakera pemarut)
– 500 g kentang
– 1 biji telur besar
– 3 sudu besar tepung
– Garam dan lada secukup rasa
■ Kupas dan parut kentang.
■ Kemudian adun kentang, telur, tepung,
garam dan lada.
■ Jika adunan terlalu cair, tambahkan
lebih banyak tepung.
■ Panaskan minyak di dalam kuali,
kemudian ambil satu sendok besar
adunan, masukkan ke dalam minyak
dan buat bentuk patti. Goreng di kedua-
dua belah sehingga warna keemasan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents