Download Print this page

DeWalt D25614 Manual page 26

Heavy-duty rotary hammer
Hide thumbs Also See for D25614:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAhAsA MElAYU
penggunaan yang menjana debu. Pelindung telinga mungkin
diperlukan untuk kebanyakan penggunaan.
Pastikan pegangan yang kuat pada alat sepanjang
masa. Jangan cuba mengendalikan alat ini tanpa
memegangnya dengan kedua-dua tangan. Anda
dicadangkan untuk menggunakan pemegang sisi sepanjang
masa. Pengendalian alat ini dengan satu tangan akan
menyebabkan kehilangan kawalan. Menembusi keluar
atau terkena bahan keras seperti rebar juga boleh jadi
berbahaya. Ketatkan pemegang sisi dengan selamat sebelum
menggunakannya.
Jangan kendalikan alat ini dalam tempoh waktu
yang lama. Getaran yang disebabkan oleh tindakan tukul
boleh memudaratkan tangan dan lengan anda. Gunakan
sarung tangan untuk memberikan kusyen tambahan dan
mengehadkan pendedahan dengan mengambil tempoh
rehat yang kerap.
Jangan perbetulkan bit dengan sendiri. Pembetulan
pahat sepatutnya dilakukan oleh pakar yang sah. Pahat
yang tidak dibetulkan dengan elok boleh menyebabkan
kecederaan.
Pakai sarung tangan semasa mengendalikan alat atau
menukar bit. Bahagian logam boleh akses pada alat dan bit
boleh menjadi sangat panas semasa dikendalikan. Bit kecil
daripada bahan yang pecah boleh memudaratkan tangan
yang tidak mempunyai perlindungan.
Jangan baringkan alat sehingga bit betul-betul berhenti
sepenuhnya. Bit yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan.
Jangan hentuk bit yang tersekat dengan tukul untuk
mengeluarkannya. Serpihan logam atau kepingan bahan
boleh terpelanting dan menyebabkan kecederaan.
Pahat yang agak lusuh boleh ditajamkan semula
dengan pengisaran.
Pastikan tali pintal kuasa jauh dari bit putaran. Jangan
lilit tali pintal di sekeliling mana-mana bahagian tubuh
badan anda. Tali pintal elektrik yang dililit di sekeliling bit
putaran boleh menyebabkan kecederaan diri dan kehilangan
kawalan.

AMARAN: Kami mengesyorkan penggunaan peranti arus
baki dengan kadar arus baki pada 30mA atau kurang.
Risiko Baki
Walaupun penggunaan peraturan keselamatan yang berkenaan
dan pelaksanaan peranti keselamatan, beberapa risiko baki tidak
dapat dielakkan. Risiko tersebut adalah:
Kecacatan pendengaran.
Risiko kecederaan diri disebabkan partikel yang terbang.
Risiko melecur disebabkan aksesori menjadi panas sewaktu
pengendalian.
Risiko kecederaan diri disebabkan penggunaan yang
berterusan.
24
SIMPAN ARAHAN INI
Keselamatan Elektrik
Motor elektrik direka untuk satu voltan sahaja. Sentiasa periksa
agar bekalan kuasa sepadan dengan voltan pada plat kadar.
Alat D
WALT anda didwi-penebat mengikut IEC 60745;
e
oleh itu tiada wayar bumi diperlukan.
Jika tali pintal bekalan rosak, ia perlu digantikan hanya oleh
D
WALT atau organisasi servis yang sah.
e
Penggunaan Kabel Lanjutan
Jika kabel lanjutan diperlukan, gunakan kabel lanjutan 3 teras
yang diluluskan, sesuai untuk input kuasa alat ini (lihat Data
Teknikal). Saiz konduktor minimum ialah 1.5 mm
maksimum ialaj 30 m.
Apabila menggunakan gelendong kabel, sentiasa rungkai kabel
sepenuhnya.
Kandungan Bungkusan
Bungkusan ini mengandungi:
1 Tukul putaran
1 Pemegang sisi
1 Kotak kit
1 Manual arahan
Periksa kerosakan pada alat, bahagian atau aksesori yang
mungkin berlaku sewaktu dalam penghantaran.
Ambil masa untuk membaca dan memahami manual ini
secara menyeluruh sebelum mengendalikannya.
Tanda pada Alat
Piktogram berikut dipaparkan pada alat:
Baca manual arahan sebelum penggunaan.
Pakai pelindung telinga.
Pakai pelindung mata.
Kedudukan Kod Tarikh (Rjh. A)
Kod tarikh
, yang juga termasuk tahun pengeluaran, dicetak
 12 
pada penempatan.
Contoh:
Tahun Pengeluaran
Huraian (Rjh. A)

AMARAN: Jangan ubah suai alat kuasa atau mana-
mana bahagian alat kuasa. Kerosakan atau kecederaan
diri boleh berlaku.
BAhAsA MElAYU
; panjang
2
2019 XX XX
5

Advertisement

loading