Electrolux EWF 14012 User Manual page 35

Hide thumbs Also See for EWF 14012:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

1.2 PEMASANGAN
Perkakas ini berat. Hendaklah
berjaga-jaga semasa memindahkan-
nya.
Semasa perkakas dikeluarkan
daripada bungkusannya, periksa
untuk pastikan tiada kerosakan. Jika
berasa ragu, jangan gunakannya dan
hubungilah Pusat Servis.
Semua bolt pengangkutan dan bahan
pembungkusan mesti dikeluarkan
sebelum penggunaan. Kerosakan
serius boleh berlaku kepada produk
dan kepada harta jika tidak mematuhi
langkan ini. Lihat bahagian yang
relevan dalam manual pengguna ini.
Setelah memasang perkakas ini,
periksa bahawa ia tidak berdiri di atas
hos saluran masuk dan saluran keluar,
dan permukaan kerja tidak menekan
kabel bekalan elektrik pada dinding.
Jika mesin terletak di atas lantai
berkarpet, sila laraskan kaki untuk
membenarkan udara beredar dengan
bebas.
Sentiasa pastikan, bahawa tiada
kebocoran air daripada hos dan
sambungannya selepas pemasangan.
Sebarang kerja paip untuk memasang
perkakas ini harus dilakukan oleh
tukang paip berkelayakan.
Sebarang kerja elektrik untuk
memasang perkakas ini harus
dilakukan oleh tukang elektrik
berkelayakan.
1.3 PENGGUNAAN
Perkakas ini direka bentuk untuk
kegunaan rumah. Jangan gunakannya
untuk tujuan selain daripada yang
dimaksudkan.
Basuh fabrik yang ditujukan untuk
dibasuh dengan mesin sahaja. Arahan
di label pakaian hendaklah dipatuhi.
Jangan memuatkan perkakas secara
berlebihan. Lihat bahagian yang
relevan dalam manual pengguna ini.
Sebelum membasuh, pastikan semua
poket dikosongkan dan butang serta
zip diketatkan. Elakkan daripada
membasuh pakaian berbulu atau
koyak dan cuci kotoran seperti cat,
dakwat, karat dan kesan rumput
sebelum pembasuhan. Coli berwayar
bawah TIDAK boleh dibasuh dengan
mesin.
Pakaian yang telah tercemar dengan
produk petrol mudah meruap tidak
boleh dibasuh dengan mesin. Jika
cecair pembersihan mudah meruap
digunakan, berhati-hati untuk memas-
tikan bahawa cecair tersebut ditang-
galkan daripada pakaian sebelum
memasukkannya ke dalam mesin.
Jangan tarik kabel bekalan kuasa
untuk mencabut palam daripada
soket; sentiasa pegang, palam dan
cabut.
Jangan gunakan mesin basuh jika
kabel bekalan kuasa, panel kawalan,
permukaan kerja atau tapak mesin
rosak supaya bahagian dalam mesin
basuh tersebut boleh diakseskan.
1.4 KESELAMATAN KANAK-
KANAK
Mesin basuh ini bukan bertujuan untuk
digunakan oleh kanak-kanak kecil atau
orang yang uzur tanpa penyeliaan.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas tersebut.
Komponen pembungkusan (cth. lapik
plastik, polistirena) boleh
membahayakan kanak-kanak - awas
sesak nafas! Jauhkan daripada
capaian kanak-kanak.
MELAYU
35

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents