Aksesori Pilihan; Arahan Tentang Pelupusan; Syarat-Syarat Waranti - Bosch MUM5GB Series Instruction Manual

Universal kitchen machine
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Aksesori pilihan

Doh roti
Resipi asas
– 1000 g tepung gandum
– 2 paket yis kering
– 2 sudu teh garam
– 600-650 ml air panas
■ Uli semua bahan dengan cangkuk uli
selama lebih kurang ½ pada
pengesetan 1, kemudian selama lebih
kurang 6-7 minit pada pengesetan 3.
Mayones
– 1 biji telur
– 1 sudu teh biji sawi
– ¼ l minyak
– 1 sudu besar jus lemon atau asid
– Secubit garam
– Secubit gula
Bahan mesti berada dalam suhu bilik.
Penyediaan mayones hanya boleh
dilakukan dengan telur sepenuhnya.
■ Sediakan bahan (kecuali minyak) untuk
beberapa saat pada pengesetan 3 atau
4 di dalam pengadun.
■ Tetapkan pengadun pada pengesetan
7 dan tuang minyak dengan perlahan
melalui corong dan pada masa yang
sama teruskan pencampuran sehingga
mayones teremulsi.
Gunakan mayones secepat mungkin,
jangan simpan.
Aksesori pilihan
Aksesori pilihan boleh dibeli melalui
khidmat pelanggan, di kedai pakar atau
di laman web. Gunakan aksesori tulen
sahaja kerana aksesori ini telah dipadankan
dengan peralatan anda sebetul-betulnya.
Aksesori adalah khusus mengikut
peralatan. Sentiasa nyatakan label
peralatan (E-Nr.) anda yang betul semasa
pembelian.
Aksesori yang tersedia untuk peralatan
anda boleh didapati dalam katalog kami,
di kedai dalam talian atau melalui khidmat
pelanggan.
www.bosch-home.com
32

Arahan tentang pelupusan

J
Alat ini bersesuaian dengan garis
panduan Eropa 2012/19/EU tentang
alat-alat tua elektrik dan elektronik
(waste electrical and electronic
equipment - WEEE).
Garis panduan tersebut memberi
rangka rujukan yang berlaku di
seluruh Eropa untuk penerimaan
balik dan penggunaan alat-alat tua.
Sila bertanya wakil penjual anda
atau pihak berkuasa tempatan
anda tentang cara-cara pelupusan
semasa.

Syarat-syarat waranti

Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh
didapati daripada wakil penjual tempat
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents