Makita DFJ210 Instruction Manual page 35

Cordless fan jacket
Hide thumbs Also See for DFJ210:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Lalukan kepala unit kipas ke dalam lubang pada
jaket. Tetapkan gelang ke unit kipas dan putar mengikut
arah jam sehingga tanda pada gelang sejajar dengan
tanda lebih jauh dari slot.
► Rajah9: 1. Tanda 2. Gelang 3. Unit kipas
4.
Lalukan jalur melalui gelung pada unit kipas dan
tekan butang kilat.
► Rajah10: 1. Jalur
5.
Pasang unit kipas lain pada jaket dengan cara
yang sama.
6.
Sambungkan kabel kuasa ke unit kipas. Sokong
kabel menggunakan pemegang kabel.
Untuk model DFJ210 / DFJ211 / DFJ310 / DFJ311 /
DFJ410 / DFJ411
► Rajah11: 1. Kabel kuasa 2. Pemegang kabel
Untuk model DFJ212 / DFJ213 / DFJ214 / DFV210
► Rajah12: 1. Kabel kuasa 2. Lubang 3. Pemegang
kabel
7.
(Untuk DFJ212 / DFJ213 / DFJ214 / DFV210
sahaja)
Tutup kancing zip sebelum memasang atau mengalih
keluar unit kipas.
8.
Sambungkan hujung kabel kuasa lain ke
pemegang bateri.
► Rajah13: 1. Pemegang bateri
PERHATIAN:
Sentiasa gunakan jalur dan
butang kilat untuk mengetatkan unit kipas ke
jaket. Jika unit kipas terjatuh, ia boleh menyebabkan
kecederaan, atau kerosakan pada unit kipas.
Ikuti prosedur pemasangan secara terbalik apabila
menanggalkannya.
Memasang set penapis
Aksesori pilihan
Set penapis melindungi unit kipas daripada debu dan
habuk. Kami mengesyorkan agar anda menggunakan
set penapis di tempat kerja berdebu atau berhabuk.
Masukkan pelekapan penapis antara jaket dan unit
kipas seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah14: 1. Gelang 2. Lubang di jaket 3. Pelekapan
penapis 4. Unit kipas 5. Penapis
Semasa mengetatkan gelang, hentikannya pada tanda
berhampiran slot pada unit kipas. Selepas memasang
unit kipas, tutup pelekapan penapis dengan penapis.
► Rajah15: 1. Tanda 2. Slot
NOTIS:
Pastikan penapis sepenuhnya menutup
pelekapan penapis. Untuk perlindungan yang
lebih baik daripada debu dan habuk, selitkan skirt
penapis antara jaket dan pelekapan penapis.
KETERANGAN FUNGSI
NOTIS:
Jaket berkipas berkesan semasa
kelembapan dan suhu udara ambilan lebih rendah
daripada permukaan badan. Jaket berkipas
mungkin tidak berkesan jika suhu udara dan/atau
kelembapan lebih tinggi daripada dalam jaket.
Butang kuasa
Untuk menghidupkan jaket, tekan dan tahan butang
kuasa pada pemegang bateri (aksesori pilihan). Jaket
bermula pada kelajuan udara yang tinggi. Setiap kali
anda mengetik butang kuasa, kelajuan udara berubah
dari tinggi kepada sederhana, sederhana kepada
rendah, dan rendah kepada tinggi. Penunjuk kelajuan
udara menunjukkan kelajuan udara semasa.
► Rajah16: 1. Penunjuk kelajuan udara 2. Butang
kuasa
Untuk mematikan, tekan dan tahan butang kuasa
utama sekali lagi.
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Hanya untuk kartrij bateri dengan penunjuk
► Rajah17: 1. Lampu penunjuk 2. Butang semak
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Lampu
penunjuk menyala untuk beberapa saat.
Lampu penunjuk
Dinyalakan
(Untuk bateri 14.4 V dan 18 V sahaja)
(Untuk bateri 14.4 V dan 18 V sahaja)
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, penunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
35 BAHASA MELAYU
Mati
Berkelip
Kapasiti
yang tinggal
75% hingga
100%
50% hingga
75%
25% hingga
50%
0% hingga
25%
Cas bateri.
Bateri
mungkin
telah
rosak.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents