IKEA ENEBY Series Manual page 42

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Notis penting dan keselamatan
AMARAN:
— Risiko terlebih panas! Jangan pasang
produk di ruang terkurung. Sentiasa
biarkan ruang sekurang-kurangnya
5 mm di sekeliling produk untuk
pengalihudaraan. Pastikan langsir atau
objek-objek lain tidak menutup slot
pengudaraan pada produk.
— Jangan letakkan produk atau bateri
berhampiran api terbuka atau sumber
haba lain, termasuk cahaya matahari
langsung.
— Hanya gunakan produk ini di dalam
bangunan. Peralatan tidak akan
terdedah kepada tetesan atau percikan,
tidak ada benda yang diisi dengan
cecair, seperti pasu, akan diletakkan
pada alat.
— Jangan letakkan produk ini pada
peralatan elektrik lain.
— Palam sesalur atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti
cabut, peranti cabut tetap sedia
dikendalikan.
— Jika kord bekalan rosak, gantikannya
dengan set kord baharu yang diluluskan
jenis untuk negara anda.
— Bateri (pek bateri atau bateri yang
dipasang) tidak akan terdedah
kepada haba berlebihan seperti
cahaya matahari, kebakaran atau
seumpamanya.
PENTING!
— Pembesar suara hanya untuk
penggunaan dalaman dan boleh
digunakan dalam suhu antara 0ºC
hingga 45ºC.
— Jangan biarkan pembesar suara
pada cahaya matahari langsung atau
berhampiran sumber haba, kerana ia
mungkin menjadi terlalu panas.
— Jangan dedahkan pembesar suara
pada persekitaran yang basah,
lembap atau persekitaran yang terlalu
berdebu, sebab ini boleh menyebabkan
kerosakan.
— Julat antara pembesar suara dan
penerima diukur di udara terbuka.
— Bahan binaan yang berbeza-beza
dan letakan unit boleh menjejaskan
rangkaian sambungan tanpa wayar.
— Bunyi yang terlalu lantang boleh
merosakkan pendengaran anda.
— Jangan sentuh komponen akustik.
— Jangan gunakan produk sebagai rak
atau sangga.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersihkan pembesar suara, lap
dengan kain lembap. Jangan sekali-kali
rendamkan pembesar suara di dalam air.
CATATAN!
Jangan gunakan bahan cuci pelelas atau
pelarut kimia kerana ini boleh merosakkan
produk.
Menservis produk
Jangan cuba membaiki produk ini sendiri,
kerana membuka atau membuang penutup
boleh mendedahkan anda kepada titik
voltan berbahaya atau lain-lain risiko.
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat:
Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Tanda dan logo perkataan Bluetooth®
adalah tanda dagangan berdaftar
milik Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang
penggunaan tanda seperti itu oleh IKEA
adalah di bawah lesen. Tanda dagangan dan
nama dagang yang lain adalah di bawah
pemilik masing-masing.
Simbol roda berpangkah menunjukkan
item ini harus dilupuskan berasingan
daripada bahan buangan isi rumah. Item
ini sepatutnya diserahkan untuk dikitar
semula selaras dengan peraturan alam
sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda
daripada bahan buangan isi rumah, anda
akan membantu mengurangkan jumlah
bunagan yang dihantar ke tapak pelupusan
dan meminimumkan kesan negatif yang
berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut,
hubungi gedung IKEA anda.
42

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Eneby 20Eneby 30E1720E1730

Table of Contents