IKEA ENEBY Series Manual page 41

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Permulaan:
1. Sambungkan kord utama ke
penyambung AC In (2).
2. Tekan secara pantas pada tombol
(1) akan menghidupkan pembesar
suara. ENERB 20/30 mencari peranti
berpasangan. Sekiranya terdapat peranti
berpasangan didapati, LED menyala
tanpa berkelip dan pembesar suara anda
sedia untuk digunakan.
3. Jika tiada peranti didapati pembesar
suara LED akan terus berkelip dan
memasuki mod berpasangan secara
automatik. Pergi ke tetapan Bluetooth
dalam peranti mudah alih anda dan
hubungkan ke ENEBY 20/30. LED
seharusnya berhenti berkelip dan
pembesar suara anda sudah bersedia
untuk digunakan.
Jika tidak ada musik yang dimainkan
selama 20 minit, pembesar suara akan
masuk ke mod tidur
Melaras bunyi
Pusing tombol (1) ke kiri untuk mengurang
atau pusing ke kanan untuk meninggikan
tahap bunyi.
Tambah peranti Bluetooth
Maksimum 8 peranti)
1. Pastikan tidak ada peranti berpasangan
dan dalam julat dengan pembesar suara.
2. Pergi ke menu Bluetooth anda
pada peranti mudah alih anda dan
sambungkan ke ENEBY 20/30.
3. Sebaik sahaja sambungkan Bluetooth
tercipta, LED putih berhenti berkelip.
Tetapan lain:
Kawalan Bes:
Kawalan Treble:
Tetapan semula
kilang:
Tekan tombol (1) selama 3 saat. LED berkelip-kelip dengan
perlahan-lahan. Ini memasuki kawalan tahap bass. Pusing ke
kiri/kanan untuk melaraskan. Sahkan tetapan dengan menekan
tombol satu kali. LED berkelip-kelip dengan pantas.
Pusing ke kiri/kanan untuk melaraskan treble dan mengesahkan
dengan menekan tombol satu kali dan keluar dari tetapan bunyi.
Tekan tombol (1) selama 10 saat. Ini memadamkan
peranti Bluetooth yang berpasangan daripada tetapan dan
mengembalikan tetapan bunyi lalai.
Memisahkan peranti Bluetooth
Pergi ke menu Bluetooth anda pada model
penanti mudah alih anda dan pisahkan
ENEBY 20/30 dari peranti anda.
Mainkan musik dari sumber luaran
Sambungkan peranti audio mudah alih ke
bicu AUDIO IN (3) pada panel belakang.
Pembesar suara secara automatik
mengesan input luaran dan melumpuhkan
fungsi Bluetooth. Gunakan kabel Audio
3-pol 3.5mm untuk ciri ini.
Pasangkan pembesar suara di seluruh
rumah
ENEBY 20 berkemungkinan untuk menjadi
mudah alih. Pek bateri ENEBY dijual secara
berasingan.
— Untuk memasukkan bateri, buka
penutup kompartmen (5) dan masukkan
bateri ke arah yang betul.
— Bateri dicaj di dalam produk apabila
kord sesalur utana disambungkan dan
pembesar suara dihidupkan.
— Apabila kuasa bateri rendah LED merah
di tombol (1) akan berkelip. LED merah
dhidupkan semasa mengecas.
Pasangkan pembsar suara ke dinidng
atau sangga:
Lekapan dinding ENEBY dan sangga
ENEBY adalah aksesori dan dijual secara
berasingan.
Gunakan lubang (4) dan skru yang
disertakan untuk melekap sangga atau
lekapan dinding. Jangan terlebih ketatkan
skru.
41

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Eneby 20Eneby 30E1720E1730

Table of Contents