BAHASA MELAYU
64
Nota: Apabila berus gigi dihidupkan, anda tidak boleh
bertukar-tukar antara mod yang berlainan.
1
Sebelum anda menghidupkan Sonicare, tekan
butang mod untuk bertukar-tukar antara mod
yang berlainan.
, Mod memberus yang dipilih akan menyala.
, Selepas mod memberus dipilih, ia akan kekal aktif
sehingga mod memberus yang baru dipilih.
Nota: Semasa Sonicare digunakan dalam kajian
klinikal, mod Membersih lalai 2 minit mesti dipilih.
Pemegang mesti dicas sepenuhnya dan ciri Easy-start
mesti dinyahaktifkan.
Tahap keamatan bagi setiap mod
- Rendah: 1 lampu penunjuk LED
- Sederhana: 2 lampu penunjuk LED
- Tinggi: 3 lampu penunjuk LED
Nota: Untuk melaraskan tahap keamatan ke tahap
lebih tinggi atau rendah yang seterusnya, anda boleh
menekan butang + untuk meningkatkan keamatan
atau butang - untuk mengurangkan keamatan pada
bila-bila masa sepanjang kitaran memberus.
Sensor Tekanan
Perubahan dalam getaran (dan sedikit perubahan
dalam bunyi) akan mengingatkan anda apabila anda
memberi tekanan yang terlampau tinggi sambil
memberus. Lihat bab 'Ciri'.