LG -G282 User Manual page 122

Gprs phone
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang
pesawat.
• Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa izin
daripada kakitangan.
Maklumat dan Penjagaan Bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain,
tiada kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
• Pastikan sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi
yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas beratus-ratus
kali sehingga ia perlu diganti.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa
yang lama bagi memaksimumkan kegunaannya.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakan ia dalam kelembapan
tinggi seperti di dalam bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk;
ini boleh melemahkan prestasi bateri.
Maklumat dan jagaan kad memori
• Sentiasa masukkan/keluarkan kad memori apabila kuasa
telefon dimatikan. Jika anda mengeluarkan semasa
aplikasi tulisan, ia mungkin rosak.
• Jika suatu kerosakan tidak dapat dibaiki, format kad
memori.
• Kad memori tidak boleh digunakan untuk merakam data
yang dilindungi hak cipta.
• Jangan menekan semasa menulis pada bahagian memo.
• Bawa dan simpan kad memori di dalam kantungnya.
• Jangan biarkan kad memori basah.
• Jangan biarkan kad memori di lokasi yang amat panas.
• Jangan diceraikan atau ubah suai kad memori.
Khidmat rangkaian
• Sesetengah perkhidmatan dan fungsi yang diterangkan
di dalam panduan pengguna ini bergantung kepada
rangkaian atau langganan. Oleh itu, tidak semua menu
akan terdapat di dalam telefon anda. Sila hubungi
operator rangkaian untuk maklumat lanjut mengenai
langganan anda.
7
LG-G282

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents