LG -G282 User Manual page 120

Gprs phone
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan pembalut
atau pembalut vinil.
• Jangan gunakan bahan kimia yang keras (seperti
alkohol, benzena, pencair, dll. ) atau bahan pencuci untuk
membersihkan telefon anda. Terdapat risiko ini boleh
menyebabkan kebakaran.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau debu
yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit
atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat di
dalam jalur bermagnetnya.
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh
merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhati-
hati.
• Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau
beg tanpa menutup wadah telefon (pin palam kuasa),
barangbarang berlogam (seperti duit syiling, klip kertas
atau pen) boleh melitar pintas telefon. Sentiasa tutup
wadah telefon apabila tidak digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan telefon anda di dalam ketuhar
gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan bateri
meletup.
• Hanya kakitangan yang berdaftar seharusnya menservis
telefon dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau
servis yang tidak betul boleh menyebabkan kemalangan
dan akibatnya mentaksahkan waranti.
• Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena
yang rosak tersentuh kulit, ia boleh mengakibatkan sedikit
kelecuran. Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk
menggantikan antena yang rosak.
• Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan
sokongan pelanggan. Jangan tanggalkan ia.
Operasi Telefon yang Cekap
Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan
kuasa minimum sila:
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain
untuk bercakap. Semasa bercakap langsung ke dalam
mikrofon, halakan antena ke arah atas dan melepasi
bahu anda. Memastikan antenna di panjangkan apabila
membuat panggilan.
• Jangan memegang antenna sambil membuat panggilan
telefon. Ini akan menjejas mutu panggilan dan
menyebabkan telefon beroperasi pada aras kuasa lebih
tinggi daripada yang diperlukan dan masa penggunaan
kuasa bateri di kurangkan.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan
sekalikali menghalakan alur inframerah ke arah mata
seseorang.
5
LG-G282

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents