LG -G282 User Manual page 119

Gprs phone
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat
Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption
Rate) (SAR)
Telefon bimbit model LG-G262 ini telah direka bentuk
supaya mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan
bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan
ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang
termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan
keselamatan bagi semua orang, tidak kira umur atau tahap
kesihatan.
• Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut
Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate),
atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan
pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras
SAR bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka
bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa,
iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
4
LG-G282
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji
oleh DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 0. 497
W/kg (10g).
• Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang
telah mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut
Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and
Electronics Engineers) (IEEE), iaitu 1. 6 W/kg dipuratakan
ke atas satu (1) gram tisu.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan khususnya dengan
telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke
juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan perlu dilakukan. )
• Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer
peribadi.
• Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti
penyinar atau alat memasak.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan
mekanikal.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents