14
BAHASA MELAYU
◗
Jangan gunakan perkakas dan dasar pengecas di luar rumah.
Jangan gunakan perkakas di atas permukaan yang basah.
◗
Jangan sedut air, cecair atau bahan makanan yang basah. Jangan
sedut bahan mudah bakar dan jangan sedut abu sehingga ia sejuk.
◗
Jangan tenggelamkan perkakas dan dasar pengecas di dalam air
atau apa-apa cecair lain, mahupun membilasnya di bawah pili.
◗
Jangan gunakan perkakas tanpa dulang habuk atau berus guling.
◗
Matikan perkakas setiap kali selepas digunakan, sebelum
mengecasnya dan sebelum menyambungkan atau mencabut mana-
mana bahagian.
◗
Cabutkan palam perkakas sebelum membersihkannya atau
menyelenggarakannya.
◗
Caskan perkakas hanya dengan menggunakan palam penyesuai
dan/atau dasar pengecas yang dibekalkan.
◗
Palam penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong palam
penyesuai untuk menggantikannya dengan palam lain, kerana ini
boleh menimbulkan bahaya.
◗
Palam penyesuai terasa panas semasa mengecas. Ini perkara biasa.
◗
Kembalikan perkakas hanya kepada pusat servis yang disahkan
oleh Philips untuk diperiksa atau dibaiki.
◗
Untuk mengelakkan kecederaan, jangan masukkan tangan/jari anda
ke dalam berus guling yang sedang berputar.
Mengecas
◗
Caskan perkakas apabila lampu cas berkelip-kelip dengan laju.
Supaya bateri tidak terlebih cas, caskan perkakas hanya apabila kuasa
pek bateri lemah.
Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 16-18 jam sebelum
menggunakannya pada kali pertama.
Untuk mengoptimumkan jangka hayat pek bateri boleh cas semula,
nyahcaskan sepenuhnya secara berkala dengan membiarkan perkakas
berjalan sehingga terhenti, kemudian caskan sehingga penuh semula.
1
Matikan perkakas sebelum mengecaskannya.