Bahasa Melayu - Philips FC6402 Manual

Hide thumbs Also See for FC6402:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa Melayu

14
Pengenalan
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan sepenuhnya
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan maklumat
ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Bahaya
-
Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain. Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar
dan jangan sedut abu selagi abu itu belum sejuk.
-
Jangan sekali-kali merendam perkakas atau penyesuai dalam air atau sebarang cecair lain,
atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
-
Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali sebelum anda menggunakannya. Jangan gunakan
perkakas jika rosak, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan. Bahagian yang rosak hendaklah
digantikan dengan jenis yang asli sahaja.
-
Jangan gunakan perkakas atau penyesuai sekiranya rosak.
-
Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan buka perkakas tersebut untuk menggantikan bateri boleh cas semula.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantikannya dengan
plag lain, kerana ini membawa kepada situasi berbahaya.
-
Untuk mengelakkan kerosakan, jangan masukkan minyak bereter atau bahan yang serupa dalam
tangki air atau membiarkan perkakas menyedutnya.
-
Jangan angkat atau condongkan muncung apabila tangki air dipasang dan penuh, kerana air
mungkin akan tersembur keluar daripada tangki air.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan dengan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Cabut palam daripada soket sesalur sebelum membersihkan atau menyelenggarakan perkakas.
Awas
-
Hanya cas perkakas dengan penyesuai yang dibekalkan. Semasa mengecas, penyesuai terasa
panas untuk disentuh. Ini perkara biasa.
-
Jangan pasang palam, cabut palam atau kendalikan perkakas dengan tangan yang basah.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc6400Fc6401

Table of Contents