Electrolux ENN2754AOW User Manual page 45

Hide thumbs Also See for ENN2754AOW:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

4.7 Membekukan makanan
segar
Ruang simpanan sejuk beku sesuai
untuk membekukan makanan segar dan
menyimpan makanan beku untuk masa
yang lama.
Untuk membekukan makanan segar
aktifkan fungsi FastFreeze dan letakkan
makanan untuk dibekukan dalam ruang
penyejuk beku.
Untuk membekukan makanan segar,
aktifkan fungsi FastFreeze sekurang-
kurangnya 24 jam sebelum meletakkan
makanan yang mahu dibekukan di dalam
bahagian sejuk beku.
Letakkan makanan segar untuk
dibekukan dalam ruang atas.
Jumlah maksimum makanan yang boleh
dibekukan dalam 24 jam ditentukan pada
plat pengadaran, label yang terletak di
dalam perkakas.
Proses pembekuan mengambil masa
selama 24 jam: semasa tempoh ini
jangan tambah makanan lain untuk
dibekukan.
Ketika proses pembekuan selesai,
kembali kepada suhu yang diperlukan
(lihat "FastFreeze Fungsi").
Dalam keadaan ini, suhu
ruang simpanan peti sejuk
mungkin jatuh kurang
daripada 0°C. Jika ini
berlaku tetapkan semula
pengawal suhu ke tetapan
lebih hangat.
4.8 Penyimpanan makanan
sejuk beku
Apabila dimulakan buat kali pertama
atau tidak digunakan setelah beberapa
lama, sebelum meletakkan produk ke
dalam ruang simpanan, biarkan
perkakas itu berjalan sekurang-
kurangnya 2 jam pada tetapan lebih
tinggi.
Sekiranya berlaku
pencairbekuan secara tidak
sengaja, contohnya
disebabkan bekalan kuasa
terputus, jika kuasa telah
terputus lebih lama daripada
nilai yang ditunjukkan dalam
carta ciri-ciri teknikal di
bawah "masa naik",
makanan yang telah
dicairbekukan mesti
dimakan dengan cepat atau
dimasak dengan segera dan
kemudian disejukbekukan
semula (selepas
disejukkan).
4.9 Menyahbeku
Makanan beku, sebelum digunakan,
boleh dinyahbeku dalam bahagian peti
sejuk atau pada suhu bilik, bergantung
kepada masa yang tersedia untuk
operasi ini.
Bahagian kecil boleh dimasak semasa
masih beku, terus daripada penyejuk
beku: dalam hal ini, masa memasak
menjadi lebih lama.
4.10 Penghasilan kiub ais
Perkakas ini dilengkapi dengan satu atau
lebih dulang untuk penghasilan kiub ais.
Jangan gunakan alatan
logam untuk mengeluarkan
dulang daripada bahagian
sejuk beku.
1. Isikan dulang dengan air
2. Letakkan dulang ais di dalam
bahagian sejuk beku.
4.11 Penumpuk sejuk
Penyejuk beku mengandungi sekurang-
kurangnya satu penumpuk sejuk yang
meningkatkan masa simpanan sekiranya
bekalan kuasa mati atau terputus.
Ini seharusnya diletakkan di atas
makanan sejuk beku dalam bahagian
hadapan.
45

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents