LG -M400DK User Manual page 206

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

RemoteCall Service
Peranti anda boleh dari jauh didiagnosis untuk menyelesaikan isu-isu.
Mula-mula, buat panggilan telefon ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan LG
seperti berikut:
Untuk menggunakan fungsi ini, pertama sekali anda mesti bersetuju
dengan penggunaan fungsi tersebut.
Jika anda menggunakan data mudah alih, anda boleh dikenakan bayaran
untuk penggunaan data bergantung kepada pelan harga anda.
1
Ketik
Pengurusan RemoteCall Service.
2
Sambung panggilan ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan LG.
3
Selepas panggilan disambung, ikuti arahan wakil perkhidmatan untuk
memasukkan nombor akses enam angka.
Peranti anda disambungkan dari jauh dan perkhidmatan sokongan
jauh bermula.
Chrome
Daftar masuk ke Chrome dan mengimport tab terbuka, penanda buku
dan data bar alamat dari komputer ke peranti anda.
Aplikasi Google
Anda boleh menggunakan aplikasi Google dengan menetapkan akaun
Google. Tetingkap pendaftaran akaun Google muncul secara automatik
apabila anda menggunakan aplikasi Google untuk kali pertama. Jika anda
tidak mempunyai akaun Google, wujudkan satu daripada peranti anda.
Untuk butiran mengenai cara untuk menggunakan aplikasi, sila lihat
Bantuan dalam aplikasi.
Sesetengah aplikasi mungkin tidak berfungsi bergantung pada kawasan
dan penyedia perkhidmatan.
Aplikasi Berguna
90

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents