LG -M400DK User Manual page 117

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengenai panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih produk LG ini. Sila baca panduan pengguna
ini dengan teliti sebelum menggunakan peranti buat pertama kali untuk
memastikan penggunaan yang selamat dan betul.
Sentiasa guna aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan direka
hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti lain.
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mengalami kecacatan
penglihatan kerana papan kekunci skrin sentuh.
Perihalan adalah berdasarkan tetapan lalai peranti.
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk pada kemas kini dan sokongan
untuk aplikasi ini boleh ditarik balik tanpa notis terlebih dahulu. Jika
anda mempunyai sebarang soalan tentang aplikasi yang disediakan
dengan peranti, sila hubungi Pusat Perkhidmatan LG. Bagi aplikasi yang
dipasang pengguna, sila hubungi penyedia perkhidmatan berkaitan.
Pengubahsuaian sistem pengendalian operasi peranti atau
pemasangan perisian daripada sumber tidak rasmi boleh merosakkan
peranti dan menyebabkan kerosakan data atau kehilangan data.
Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG anda dan
membatalkan waranti anda.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti
anda bergantung pada kawasan, penyedia perkhidmatan, versi perisian
atau versi OS dan tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih
dahulu.
Perisian, audio, hiasan latar, imej dan media lain yang dibekalkan
dengan peranti anda dilesenkan untuk penggunaan terhad. Sekiranya
anda mengekstrak dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan
komersial atau lain, anda boleh melanggar undang-undang hak cipta.
Sebagai seorang pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya
untuk penggunaan media yang tidak sah.
Caj tambahan mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan data,
seperti perkhidmatan pemesejan, memuat naik, memuat turun,
penyegerakan auto dan perkhidmatan lokasi. Untuk mengelak caj
tambahan, pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda.
BAHASA MELAYU
1

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents