LG -M400DK User Manual page 130

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pengecaman cap jari
Gambaran keseluruhan pengecaman cap jari
Anda mesti mendaftarkan cap jari anda pada peranti anda terlebih dahulu
sebelum menggunakan fungsi pengecaman cap jari.
Anda boleh menggunakan fungsi pengecaman cap jari dalam hal yang
berikut:
Untuk membuka kunci skrin.
Untuk melihat kandungan yang dikunci dalam Galeri atau
QuickMemo+.
Sahkan pembelian dengan mendaftar masuk ke aplikasi atau mengenal
pasti diri anda dengan cap jari anda.
Cap jari anda boleh digunakan oleh peranti untuk pengenalan pengguna.
Cap jari yang sangat serupa daripada pengguna berbeza mungkin dicam
oleh penderia cap jari sebagai cap jari yang sama. Untuk meningkatkan
keselamatan peranti, tetapkan kunci skrin kepada Knock Code, Corak,
PIN atau Kata laluan.
Langkah keselamatan untuk pengecaman cap jari
Ketepatan pengecaman cap jari boleh berkurangan disebabkan beberapa
sebab. Untuk memaksimumkan ketepatan pengecaman, periksa yang
berikut sebelum menggunakan peranti.
Kekunci Power/Lock peranti mempunyai pengesan cap jari. Pastikan
kekunci Power/Lock tidak dirosakkan dengan objek logam seperti
syiling dan kunci.
Apabila air, habuk atau bahan asing lain ada pada kekunci Power/
Lock atau jari anda, pendaftaran atau pengecaman cap jari mungkin
tidak berfungsi. Bersihkan dan keringkan jari anda sebelum membuat
pengecaman cap jari.
Cap jari mungkin tidak dicam dengan betul jika permukaan jari anda
mempunyai parut atau tidak licin kerana terendam dalam air.
Ciri rekaan khusus
14

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents