LG -M400DK User Manual page 123

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penjagaan dan penyelenggaraan produk
Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori LG tulen yang diluluskan
untuk digunakan bersama model tertentu peranti ini. Penggunaan jenis yang
lain boleh mentaksahkan apa jua kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
peranti dan mungkin berbahaya.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda
tanpa notis lebih awal.
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang
layak jika kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
Matikan peranti di tempat-tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh peraturan khas. Contohnya, jangan gunakan peranti di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan peranti dengan tangan yang basah semasa peranti sedang
dicas. Tindakan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik dan peranti mungkin
akan rosak teruk.
Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana peranti
akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas peranti di atas perabot yang lembut.
Peranti hendaklah dicas di kawasan yang baik pengudaraannya.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek tajam kerana perbuatan ini boleh merosakkan
peranti.
Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents