LG -M400DK User Manual page 127

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula.
Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan
prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
Pastikan sentuhan logam bateri bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek
bateri mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk kerana ini mungkin
menjejaskan prestasi bateri.
Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah. Lupuskan bateri yang
telah digunakan mengikut arahan.
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau
wakil penjual yang disahkan.
Tanggalkan plag pengecas dari soket dinding setiap kali selepas peranti dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang
tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan
dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents