LG -M400DK User Manual page 126

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti mudah alih anda diperbuat daripada kaca. Kaca ini
boleh pecah jika peranti mudah alih anda terjatuh di atas permukaan keras atau
menerima hentakan yang besar. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
tersebut diganti oleh penyedia perkhidmatan yang sah.
Kawasan letupan
Jangan gunakan peranti di tempat kerja peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
Jangan gunakan peranti di tempat mengisi minyak.
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang kenderaan yang sama anda meletakkan peranti dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
Matikan peranti anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ini
termasuklah bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika bahagian
ini ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian mudah
alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada peranti
anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat
tempatan anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
10

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents