LG -M400DK User Manual page 125

Hide thumbs Also See for LG-M400DK:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan peranti di kawasan
tempat anda memandu.
Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan
jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak
betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar
anda tidak menghidupkan atau mematikan peranti mudah alih berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan
ditetapkan pada paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang
duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents