Maklumat Keselamatan; Penerangan Fungsi Asas; Penggunaan Mengikut Peraturan - BMW Wireless Charging Station Universal Instructions For Use Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 19

Maklumat keselamatan

Jangan kendalikan telefon pintar anda
dan/atau BMW Wireless Charging Station
Universal anda semasa pemanduan.
Perhatikan dan patuhi juga maklumat
keselamatan berikutnya untuk
keselamatan anda. Peraturan undang-
undang haruslah sentiasa dipatuhi.
Memainkan kandungan media dalam
kawasan medan penglihatan adalah
dilarang. Sila perhatikan dan patuhi
keperluan dan peraturan undang-undang
yang berkenaan untuk negara anda.
Gunakan BMW USB-C Charger hanya dengan
socket sisttem elektrik 12 Volt.
Bahaya kebakaran melalui beban lebih!
Perhatikan arus keluaran maksimum yang
dibenarkan. Pengambilan arus peranti kecil
mudah alih anda tidak boleh melebihi nilai ini,
lihat data teknikal.
Bahaya litar pintas melalui penyambungan
kawasan sentuh! Jangan sambungkan kawasan
sentuh dan jangan memasang mana-mana objek
ke dalam soket sambungan!
Jangan ubah atau ubah suai alat tersebut!
Jangan gunakan produk atau komponen produk
yang rosak!
Perhatikan supaya penetapan laluan kabel dan
sambungan kabel adalah selamat!

Penerangan fungsi asas

Wireless Charging – pengecasan tanpa kabel di
mana saja. Dalam kenderaan, dalam perjalanan,
di rumah. BMW Wireless Charging Station
Universal ialah penaiktarafan terbaik dan
termudah untuk pengecasan tanpa kabel di
dalam kenderaan. Dipasang pada pemegang
minuman, BMW Wireless Charging Station
Universal berfungsi sebagai tempat simpanan
yang selamat dan stabil untuk telefon pintar dan
menawarkan pengecasan efisyen, tanpa kabel
dengan teknologi Qi. Dengan mempunyai bank
kuasa yang bersepadu dan boleh ditanggalkan,
produk ini merupakan teman perjalanan
yang optimum, kerana ia juga membolehkan
pengecasan aruhan di luar kenderaan, tidak kisah
sama ada di rumah, di tempat kerja, atau bercuti.

Penggunaan mengikut peraturan

Produk anda berfungsi semata-mata untuk
membekalkan tenaga pada peranti kecil mudah
alih, yang dioperasikan melalui USB, dan dicipta
untuk penggunaan dalam kenderaan berenjin.
147

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents