Mengenai Prestasi Kalis Air, Kalis Debu Dan Tahan Kejut Kamera - Sony DSC-TX10 Instruction Manual

Digital still camera
Hide thumbs Also See for DSC-TX10:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Mengenai prestasi kalis air, kalis debu dan tahan
kejut kamera
Kamera ini kalis air, kalis debu dan tahan kejut. Kerosakan yang disebabkan
oleh salah guna atau kegagalan menggunakan kamera dengan baik tidak
dilindungi oleh waranti terhad.
• Kamera ini kalis air/kalis debu dengan mematuhi IEC60529 IP58. Kamera
boleh beroperasi sehingga kedalaman air 5 m untuk 60 minit.
• Jangan mendedahkan kamera kepada air tertekan, seperti dari satu paip air.
• Jangan gunakannya di mata air panas.
• Gunakan kamera di dalam julat suhu air yang disyorkan di antara –10ºC
hingga +40ºC.
• Produk ini mematuhi piawaian MIL-STD 810F Method 516.5-Shock, dan
telah lulus pemeriksaan apabila ia dijatuhkan dari satu ketinggian 1.5 m di
atas sekeping papan nipis setebal 5-cm
*Bergantung kepada syarat dan keadaan penggunaan, jaminan tidak boleh
diberikan mengenai kerosakan, pincang tugas atau prestasi kalis air kamera ini.
• Mengenai prestasi kalis debu dan tahan kejut, jaminan tidak boleh diberikan
bahawa kamera tidak akan menjadi tercalar atau kemik.
• Kadang-kala kamera kehilangan prestasi kalis air jika kamera dikenakan satu
kejutan yang besar seperti dijatuhkan. Kami mengesyorkan bahawa kamera
diperiksa oleh sebuah kedai membaiki yang berdaftar dengan sedikit
bayaran.
• Aksesori yang dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi kalis air, kalis debut
dan tahan kejut.
Nota sebelum menggunakan kamera dalam/berhampiran air
• Pastikan tiada benda asing seperti pasir,
rambut atau kotoran memasuki bahagian
dalam penutup bateri/kad memori atau
penutup penyambung berbilang. Bahan
asing yang teramat sedikit pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera.
MY
4
*
.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents