Tentang Prestasi Kalis Air Dan Kalis Debu Kamera - Sony DSC-TX200 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DSC-TX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Tentang prestasi kalis air dan kalis debu kamera

Kamera ini diperlengkap supaya kalis air dan kalis debu. Kerosakan yang
disebabkan oleh salah guna, amalan salah atau kegagalan untuk menjaga
kamera dengan betul tidak terlindungi oleh waranti terhad.
• Kamera ini adalah kalis air/kalis debu setara dengan IEC60529 IP58.
Kamera boleh dioperasi sehingga kedalaman air 5 m selama 60 minit.
• Jangan biarkan kamera terkena air bertekanan, seperti air dari pili.
• Jangan gunakan dalam kolam air panas.
• Gunakan kamera dalam julat suhu air operasi yang dicadangkan daripada
–10°C hingga +40°C.
• Bagi prestasi kalis debu, tidak ada jaminan bahawa kamera tidak akan
menjadi calar atau kemik.
• Kadang-kadang prestasi kalis air hilang jika kamera terkena kejutan yang
kuat seperti terjatuh. Kami mengesyorkan kamera diperiksa di kedai yang
sah dengan bayaran tertentu.
• Aksesori yang dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi kalis air dan kalis
debu.
Perhatian sebelum menggunakan kamera di dalam/berdekatan air
• Pastikan tidak ada benda asing seperti pasir, rambut, atau kotoran masuk ke
dalam penutup bateri/kad ingatan. Sejumlah kecil benda asing pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera.
• Sahkan bahawa gasket pengedap dan
permukaan yang dipasangnya belum
tercalar. Goresan yang kecil pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera.
Jika gasket pengedap atau permukaan
yang dipasangnya tercalar, bawa kamera
ke kedai yang sah untuk menggantikan
gasket pengedap dengan bayaran
tertentu.
• Jika kotoran atau pasir terkena pada
gasket pengedap atau permukaan yang
dipasangnya, lapkan kawasan itu
sehingga bersih dengan kain lembut yang tidak akan meninggalkan apa-apa
serat. Elakkan gasket pengedap daripada tercalar dengan menyentuhnya
ketika mengecas bateri atau menggunakan kabel.
MY
4
1 Gasket pengedap
2 Permukaan yang
menyentuh gasket
pengedap

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-tx200v

Table of Contents