Tentang Prestasi Kalis Air, Kalis Debu, Dan Tahan Kejut Kamera - Sony CYBER-SHOT DSC-TX5 Instruction Manual

Digital still camera
Hide thumbs Also See for CYBER-SHOT DSC-TX5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tentang prestasi kalis air, kalis debu,
dan tahan kejut kamera.
Kamera ini diperlengkapi supaya kalis air, kalis debu, dan tahan kejut.
Kerosakan yang disebabkan oleh salah guna, amalan salah atau kegagalan
untuk menjaga kamera dengan betul tidak terlindungi oleh waranti terhad.
• Kamera ini adalah kalis air/kalis debu setara dengan IEC60529 IP58.
Kamera boleh dioperasi sehingga kedalaman air 3 m selama 60 minit.
• Jangan dedahkan kamera secara langsung kepada air yang mengalir seperti
air paip.
• Jangan gunakan dalam kolam air panas.
• Gunakan kamera dalam julat suhu air operasi yang dicadangkan daripada
–10°C hingga +40°C.
• Dengan mematuhi piawaian MIL-STD 810F Method 516.5-Shock, produk
ini telah lulus ujian apabila dijatuhkan dari ketinggian 1.5 m di atas papan
kayu lapis setebal 5 cm
* Bergantung pada syarat-syarat dan keadaan penggunaan, tiada jaminan dibuat
berhubung dengan kerosakan terhadap, pincang tugas, atau prestasi kalis air
kamera ini.
• Bagi prestasi kalis debu/kalis kejutan, tidak ada jaminan bahawa kamera
tidak akan menjadi calar atau kemik.
• Kadang-kadang prestasi kalis air hilang jika kamera terkena kejutan yang
kuat seperti terjatuh. Kami mengesyorkan kamera diperiksa di kedai yang
sah dengan bayaran tertentu.
• Aksesori yang dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi kalis air, kalis debu,
dan tahan kejut.
Perhatian sebelum menggunakan kamera di dalam/berdekatan air
• Pastikan tidak ada benda asing seperti pasir, rambut, atau kotoran masuk ke
dalam penutup bateri/kad ingatan atau penutup penyambung berbilang.
Sejumlah kecil benda asing pun boleh menyebabkan air memasuki kamera.
• Sahkan bahawa gasket pengedap dan
permukaan yang dipasangnya belum
tercalar. Goresan yang kecil pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera. Jika
gasket pengedap atau permukaan yang
dipasangnya menjadi tercalar, bawa kamera
ke kedai yang sah untuk menggantikan
gasket pengedap dengan bayaran tertentu.
*
.
1 Gasket pengedap
2 Permukaan yang
menyentuh gasket
pengedap
MY
MY
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents