Nota-Nota Mengenai Penggunaan Kamera Anda - Sony CYBER-SHOT DSC-TX5 Instruction Manual

Digital still camera
Hide thumbs Also See for CYBER-SHOT DSC-TX5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Nota-nota mengenai penggunaan kamera
anda
Menukar pengesetan bahasa
Bahasa skrin boleh ditukar jika perlu.
Untuk menukar pengesetan bahasa, sentuh
t
(Seting Utama) t [Language Setting].
Sokongan ingatan dalaman dan kad ingatan
Jangan matikan kamera, keluarkan pek bateri, atau keluarkan kad ingatan
ketika lampu akses menyala. Jika tidak, data ingatan dalaman atau kad ingatan
mungkin rosak. Pastikan untuk membuat salinan sokongan untuk melindungi
data anda.
Pada fail pangkalan data
Apabila anda memasukkan kad ingatan tanpa fail pangkalan data ke dalam
kamera dan menghidupkan kuasa, sebahagian daripada kapasiti kad ingatan
akan digunakan untuk mencipta fail pangkalan data secara automatik. Anda
mungkin perlu menunggu seketika sebelum anda boleh melaksanakan operasi
seterusnya.
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
• Untuk memastikan operasi kad ingatan yang stabil, kami mencadangkan
anda menggunakan kamera ini untuk memformat mana-mana kad ingatan
yang digunakan dengan kamera ini pada kali pertama. Ambil perhatian
bahawa pemformatan akan memadam semua data yang dirakam pada kad
ingatan. Data ini tidak boleh dikembalikan. Pastikan anda membuat sandaran
apa-apa data penting ke PC atau lokasi storan yang lain
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jangan gunakan kamera berhampiran dengan lokasi yang menjana
gelombang radio yang kuat atau memancarkan radiasi. Jika tidak, kamera
mungkin tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan
kamera.
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan
pincang tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu,
media rakaman mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin
rosak.
• Bersihkan permukaan denyar sebelum digunakan. Haba pancaran denyar
mungkin menyebabkan habuk pada permukaan denyar berubah warna atau
melekat pada permukaan denyar, mengakibatkan pancaran cahaya tidak
mencukupi.
, kemudian pilih
(Seting)
MY
MY
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents