Pemasangan - Electrolux EWF 14112 User Manual

Hide thumbs Also See for EWF 14112:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

62
www.electrolux.com
11.

PEMASANGAN

11.1 Kedudukan mesin
Penting untuk mesin basuh anda
didudukan kukuh dan rata di atas
lantai untuk memastikan operasi
yang betul.
Perkakas tidak boleh dipasang di
belakang pintu boleh dikunci, pintu
gelongsor atau pintu dengan selak
pada sisi bertentangan pintu mesin
basuh. Gunakan paras spirit pada
atas dan sisi mesin basuh untuk
memeriksa paras.
Jika anda tidak mempunyai paras
spirit, sebagai panduan gunakan
hujung bingkai pintu, almari atau
bangku untuk memastikan mesin
basuh selaras.
Longgarkan atau ketatkan kaki untuk
melaras ketinggian. Pelarasan yang
betul paras perkakas mencegah
getaran, bunyi bising dan pergerakan
perkakas semasa beroperasi.
Apabila mesin basuh selaras, cuba
goyangkannya dari sudut ke sudut.
Jika ia bergoyang, laras semula
kaki sehingga ia selaras dan tidak
bergoyang.
Jangan letakkan kadbod, kayu
atau bahan yang sama di bawah
mesin untuk meratakan lantai.
Pasangkan mesin di atas lantai
yang rata dan keras. Pastikan
peredaran udara di sekeliling mesin
tidak di ganggu oleh permaidani,
dan sebagainya.
Periksa mesin supaya tidak
menyentuh dinding atau almari.
11.2 Saliran Air Masuk
Sambungkan hos penyaliran air
masuk kepada pili air dengan alur
BSP 3/4".
Gunakan hos yang dibekalkan
bersama mesin basuh. JANGAN
GUNAKAN HOS LAMA.
Bahagian hujung lain hos air
masuk yang bersambung dengan
mesin boleh dipusingkan ke arah
mana sekalipun.
Longgar ikatan, pusingkan hos dan
ketatkan semula ikatan, pastikan
tiada kebocoran air.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents