Download Print this page

Philips Comfort HD4503 Manual page 9

Hide thumbs Also See for Comfort HD4503:

Advertisement

Available languages

Available languages

Perihalan umum
A Tangkai tudung
B Tudung
C Periuk dalam
D Penunjuk aras air
E Plat pemanas
F Suis bermagnet
G Jasad utama
H Kord sesalur
I Tuil kawalan
J Lampu simpan panas
K Lampu pemasakan
L Tangkai sisi
M Cawan penyukat
N Senduk nasi
O Dulang kukus
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpankannya bagi
rujukan masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
Sambungkan perkakas hanya dengan soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat servis yang disahkan oleh
Philips, atau orang dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali tenggelamkan perumah ke dalam air, mahupun membilasnya di bawah air
paip.
Pastikan plat pemanas, suis bermagnet dan periuk dalam berkeadaan bersih dan kering
sebelum menghidupkan periuk pemasak nasi.
Jangan hidupkan periuk pemasak nasi tanpa memasukkan periuk dalam.
Cabutkan plag periuk pemasak nasi dan biarkan sehingga sejuk setiap kali sebelum
membersihkannya.
Jangan letakkan periuk dalam terus di atas nyalaan api untuk memasak.
Jangan halang bolong stim dengan apa-apa barang, seperti kain, semasa perkakas beroperasi.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak apabila anda menggunakannya. Jangan biarkan
kord sesalur tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja tempat perkakas
diletakkan.
Perkakas ini dimaksudkan hanya untuk kegunaan di rumah sahaja. Jika perkakas tidak
digunakan dengan betul atau digunakan untuk tujuan (separa) profesional atau jika ia tidak
digunakan menurut arahan penggunaan ini, jaminan akan terbatal dan Philips tidak akan
bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan yang menjadi akibat.
Letakkan periuk pemasak nasi di atas permukaan yang rata.
Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
Sebelum kali pertama menggunakannya
Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan
perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan').
BAHASA MELAYU
9

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Comfort hd4502Comfort hd4501Comfort hd4500