Briggs & Stratton 080000 Operator's Manual page 43

Hide thumbs Also See for 080000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS
Untuk memanjangkan hayat pemula, gunakan kitaran pemulaan pendek
(maksimum lima saat). Tunggu satu minit antara kitaran pemulaan.
10.
Semasa enjin dipanaskan, gerakkan kawalan pencekik (F, Rajah 11) ke posisi
BUKA / JALAN (OPEN / RUN).
Nota: Jika enjin tidak hidup selepas percubaan berulang kali, hubungi peniaga tempatan
anda atau pergi ke BRIGGSandSTRATTON.com atau hubungi 1-800-233-3723 (di
AS).
Sistem Primer
1.
Periksa minyak enjin. Lihat bahagian Periksa Paras Minyak .
2.
Pastikan kawalan memandu peralatan, jika dilengkapi, dilepaskan.
3.
Tolak suis berhenti (A, Rajah 12), jika dilengkapi, ke posisi hidup (ON).
4.
Gerakkan alat kawalan pendikit (B, Rajah 12), jika dilengkapi, ke posisi LAJU
(FAST). Kendalikan enjin dalam posisi LAJU (FAST).
5.
Tekan primer merah (F, Rajah 12) tiga (3) kali.
Nota: Penyebuan (priming) selalunya tidak diperlukan semasa menghidupkan semula
enjin yang panas.
Nota: Jika anda menekan primer banyak kali, bahan api berlebihan akan membanjiri
enjin dan menyukarkannya untuk dihidupkan.
6.
Tahankan tuil henti enjin (C, Rajah 10), jika dilengkapi, terhadap pemegang.
7.
Pegang pemegang tali pemula dengan kemas (D, Rajah 12). Tarik pemegang
tali pemula dengan perlahan sehingga rintangan dirasai, kemudian tarik dengan
pantas.
AMARAN
Penarikan balik tali pemula dengan pantas (tendang balik) akan menarik tangan dan
lengan anda ke arah enjin dengan lebih pantas daripada yang boleh anda lepaskan.
Tulang patah, keretakan, lebam atau seliuh boleh berlaku. Apabila menghidupkan
enjin, tarik tali pemula dengan perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai dan
kemudian tarik dengan cepat untuk mengelakkan tendang balik.
Nota: Jika enjin tidak hidup selepas mencuba berulang kali, ulangi Langkah 5, 6, dan 7.
Jika ia masih tidak dapat dihidupkan, hubungi pembekal tempatan anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.com atau hubungi 1-800-233-3723 (di AS).
Matikan Enjin
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
• Jangan cekik, jika dilengkapi, karburetor untuk menghentikan enjin.
1.
Tuil Henti Enjin, jika dilengkapi: Lepaskan tuil henti enjin (E, Rajah 10).
Suis Berhenti, jika dilengkapi: Gerakkan suis berhenti (D, Rajah 9, 11, A, Rajah
12) ke posisi OFF.
Kawalan Pendikit, jika dilengkapi: Gerakkan alat kawalan pendikit (B, Rajah 8,
12) ke posisi MATIKAN (STOP).
Kunci Penghidup Elektrik, jika dilengkapi: Pusing kunci penghidup elektrik ke
posisi OFF / MATIKAN (OFF / STOP). Keluarkan kunci dan simpan di tempat yang
selamat dan jauh daripada capaian kanak-kanak.
2.
Selepas enjin dimatikan, gerakkan alat penyekat bahan api (A, Rajah 8), jika
dilengkapi, ke posisi DITUTUP (CLOSED).
Penyenggaraan
NOTIS
Jika enjin disengetkan semasa kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan
api, sekiranya dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong dan bahagian di
mana terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki bahan api tidak
kosong dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain, mungkin akan
berlaku kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau petrol telah
mencemarkan penapis udara dan/atau palam pencucuh.
AMARAN
Apabila melakukan kerja-kerja penyenggaraan yang memerlukan unit tersebut
disengetkan, tangki bahan api, jika dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan
kosong atau bahan api boleh meleleh keluar dan menyebabkan kebakaran atau
letupan.
Kami syorkan anda berjumpa dengan mana-mana Ejen Servis Sah Briggs & Stratton
untuk semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian-bahagian enjin.
NOTIS
All the components used to build this engine must remain in place for proper
operation.
AMARAN
Percikan bunga api yang tidak disengajakan boleh menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.
Menghidupkan enjin tanpa disengajakan boleh menyebabkan sesuatu
terperangkap, pemotongan anggota badan yang traumatik atau luka melecet.
Bahaya Kebakaran
Sebelum melakukan pelarasan atau pembaikan:
• Putuskan sambungan wayar palam pencucuh dan jauhkannya daripada palam
pencucuh.
• Putuskan sambungan bateri di terminal negatif (hanya pada enjin dengan pemula
elektrik.)
• Gunakan hanya peralatan yang betul.
• Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk menambah
kelajuan enjin.
• Alat-alat ganti mestilah daripada rekaan yang sama dan dipasang pada posisi
yang sama dengan alat-alat yang asal. Lain-lain alat mungkin tidak akan berfungsi
dengan baik, mungkin merosakkan unit dan mungkin menyebabkan kecederaan.
• Jangan pukul roda tenaga dengan penukul atau objek keras kerana roda tenaga
boleh berkecai semasa operasi.
Apabila menguji untuk percikan bunga api:
• Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
• Jangan lakukan ujian untuk percikan bunga api apabila palam pencucuh
ditanggalkan.
Servis Kawalan Pengeluaran
Penyenggaraan, penggantian atau pembaikan peranti dan sistem kawalan
pengeluaran boleh dijalankan oleh mana-mana syarikat atau individu membaiki
enjin di tepi jalan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan servis kawalan
pengeluaran "tiada caj", kerja tersebut mestilah dijalankan oleh seorang ejen sah kilang.
Lihat Penyata-Penyata Kawalan Pengeluaran.
Jadual Penyenggaraan
5 Jam Pertama
• Tukar minyak (Tidak diperlukan pada Model Hanya Periksa & Tambah™
models)
Setiap 8 jam atau Sehari
• Periksa paras minyak enjin
• Bersihkan kawasan di sekitar peredam bunyi dan alat kawalan
• Bersihkan jeriji ambilan udara
Setiap 25 Jam atau Setiap Tahun
• Bersihkan penapis udara
1
• Bersihkan pra-pembersih (jika dilengkapi)
Setiap 50 Jam atau Setiap Tahun
• Tukar minyak enjin (Tidak diperlukan pada Model Hanya Periksa & Tambah™
models)
• Servis sistem ekzos
Setiap Tahun
• Gantikan palam pencucuh
• Gantikan penapis udara
• Gantikan pra-pembersih (jika dilengkapi)
• Servis sistem penyejukan
1
• Periksa kelegaan injap
2
1
Dalam keadaan berhabuk atau apabila terdapat kotoran di udara, bersihkan
dengan lebih kerap.
2
Tidak diperlukan kecuali masalah prestasi enjin dikesan.
43

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

090000093j00100000

Table of Contents