LG E988 User Manual page 204

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tetapan
Tetapan tambahan – Membolehkan anda menukar tetapan yang berikut:
ID Pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada
panggilan keluar.
Panggilan menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).
< Kongsi & Bersambung >
NFC – Telefon anda adalah telefon mudah alih berdaya NFC. NFC (Komunikasi Medan
Dekat) adalah teknologi kesambungan wayarles yang mendayakan komunikasi dua
hala antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam jarak liputan beberapa sentimeter.
Anda boleh berkongsi kandungan anda dengan tag NFC atau peranti lain yang disokong
NFC hanya dengan menyentuhnya dengan peranti anda. Jika anda menyentuh tag NFC
dengan peranti anda, ia akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
Untuk menghidupkan atau mematikan NFC: Pada Skrin utama, sentuh dan
luncurkan panel pemberitahuan ke bawah dengan jari anda, lalu pilih ikon NFC untuk
menghidupkannya.
NOTA: Apabila mod pesawat diaktifkan, aplikasi NFC boleh digunakan.
Menggunakan NFC: Untuk menggunakan NFC, pastikan peranti anda dihidupkan
dan aktifkan NFC, jika ia telah dinyahdayakan.
Android Beam – Apabila ciri ini dihidupkan, anda boleh memancarkan kandungan
aplikasi ke peranti boleh NFC dengan memegang peranti dalam keadaan rapat. Hanya
rapatkan kedua-dua peranti (biasanya membelakangi satu sama lain) lalu sentuh skrin
anda. Aplikasi akan menentukan apa yang akan dipancarkan.
SmartShare Beam – Hidupkan untuk menerima kandungan multimedia melalui
SmartShare Beam daripada telefon LG atau tablet.
Pelayan media – Membolehkan anda berkongsi kandungan media dengan peranti
berdekatan melalui DLNA.
92

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents