Bluetooth - LG E988 User Manual

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti

Bluetooth

Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan menjalankan
aplikasi yang sepadan, bukan daripada menu Bluetooth seperti mana kebanyakan
telefon mudah alih yang lain.
NOTA:
LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri wayarles
Bluetooth.
Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan
peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat
halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh
Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan telefon anda dengan peranti
Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum anda
menyambung padanya.
1
Sentuh
> tab Apl > Tetapan > tab Rangkaian > tetapkan Bluetooth kepada
HIDUP.
2
Ketik menu Bluetooth sekali lagi. Anda akan melihat pilihan untuk menjadikan
telefon anda kelihatan dan pilihan untuk mencari peranti. Sekarang ketik Mencari
peranti untuk melihat peranti dalam Lingkungan Bluetooth.
3
Pilih peranti yang hendak anda jadikan berpasangan daripada senarai.
Setelah dipasangkan berjaya, peranti anda akan disambungkan kepada peranti lain.
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas
tangan, mungkin mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000.
Jika peranti yang satu lagi mempunyai PIN, anda akan diminta untuk
memasukkannya.
36

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents