LG E988 User Manual page 119

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents