LG E988 User Manual page 130

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Notis penting
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakkan media (MTP)
1
Sentuh
> tab Apl > Tetapan > tab Umum > Storan untuk memeriksa media
simpanan.
2
Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3
Senarai jenis sambungan USB akan muncul pada skrin telefon anda,pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).
4
Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan memindahkan fail dari PC ke Folder memori peranti atau
sebaliknya.
5
Selepas memindahkan fail, luncurkan bar status ke bawah dan sentuh USB
disambungkan dan pilih Cas telefon dari senarai jenis sambungan USB.
8. Pegang telefon anda secara menegak
Pegang telefon bimbit anda secara menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalarkan atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin
akan menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon tempat antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 8 saat untuk memulakan semula
telefon anda. Atau, keluarkan bateri, masukkannya semula, kemudian hidupkan telefon.
Jika telefon masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
18

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents