LG E988 User Manual page 127

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan corak nyahkunci
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh
tab Apl > Tetapan > tab Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Corak. Ini
akan membuka skrin yang akan menunjuk ajar cara melukis corak buka kunci skrin.
Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa
buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah
sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka
kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
>
15

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents