LG E988 User Manual page 121

Hide thumbs Also See for E988:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap
volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents