Nota-Nota Mengenai Penggunaan Kamera Anda - Sony Cyber-shot DSC-TX55 Instruction Manual

Digital still camera cyber-shot
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX55:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda

Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
• Manual ini memerihalkan fungsi peranti serasi 1080 60i dan peranti serasi 1080
50i.
Untuk menyemak sama ada kamera anda peranti serasi 1080 60i atau peranti serasi
1080 50i, semak tanda yang berikut di bahagian bawah kamera.
Peranti serasi 1080 60i: 60i
Peranti serasi 1080 50i: 50i
• Jangan menonton imej 3D yang dirakam dengan kamera ini untuk tempoh masa
yang lama pada monitor komplians 3D.
• Apabila anda melihat imej 3D yang dirakam dengan kamera ini pada monitor
komplians 3D, anda boleh mengalami ketidakselesaan dalam bentuk ketegangan
mata, keletihan, atau rasa loya. Untuk mengelakkan simptom-simptom ini, kami
menyarankan agar anda mengambil waktu rehat dari semasa ke semasa. Walau
bagaimanapun, anda perlu menentukan untuk diri sendiri kekerapan dan lamanya
waktu rehat yang anda perlukan, kerana ini berbeza-beza mengikut individu. Jika
anda mengalami apa-apa jenis ketidakselesaan, berhenti menonton imej 3D
sehingga anda berasa lebih baik, dan dapatkan nasihat doktor jika perlu. Rujuk
juga arahan operasi yang dibekalkan dengan peranti atau perisian yang anda
sambungkan atau sedang gunakan bersama-sama kamera ini. Ambil perhatian
bahawa penglihatan kanak-kanak masih berada di peringkat perkembangan
(terutamanya kanak-kanak di bawah umur 6 tahun).
Rujuk pakar pediatrik atau pakar oftalmologi sebelum membiarkan anak anda
melihat imej 3D, dan pastikan dia mematuhi langkah berjaga-jaga di atas apabila
melihat imej sedemikian.
Mengenai penggunaan dan penjagaan
Elak daripada mengendalikannya dengan kasar, menyahpasang, mengubah suai,
kejutan fizikal, atau hentakan seperti memalu, menjatuhkannya atau memijak
produk. Berhati-hatilah terutamanya dengan kanta.
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis-percikan, mahupun kalis-air.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang tugas
mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan kamera.
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan pincang
tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu, media rakaman
mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin rosak.
MY
MY
23

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents