Nota-Nota Mengenai Penggunaan Kamera Anda - Sony DSC-TX200 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for DSC-TX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda

Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
• Manual ini memerihalkan setiap fungsi bagi peranti serasi/tak serasi fungsi GPS,
peranti serasi 1080 60i dan peranti serasi1080 50i.
Untuk menyemak sama ada kamera anda menyokong fungsi GPS, semak nama
model.
Peranti serasi GPS: DSC-TX200V
Peranti tak serasi GPS: DSC-TX200
Untuk menyemak sama ada kamera anda peranti serasi 1080 60i atau peranti serasi
1080 50i, semak tanda yang berikut di bahagian bawah kamera.
Peranti serasi 1080 60i: 60i
Peranti serasi 1080 50i: 50i
• Kamera ini adalah serasi dengan wayang 1080 60p. Mod progresif meningkatkan
resolusi melebihi mod rakaman berselang seli yang piawai, menghasilkan imej
yang lebih lancar dan lebih realistik.
• Apabila berada dalam kapal terbang, setkan [Mod kapal terbang] kepada
[Hidupkan] (DSC-TX200V sahaja).
• Jangan menonton imej 3D yang dirakam dengan kamera ini untuk tempoh masa
yang lama pada monitor serasi 3D.
• Apabila anda melihat imej 3D yang dirakam dengan kamera ini pada monitor
serasi 3D, anda boleh mengalami ketidakselesaan dalam bentuk ketegangan mata,
keletihan, atau rasa loya. Untuk mengelakkan simptom-simptom ini, kami
menyarankan agar anda mengambil waktu rehat dari semasa ke semasa. Walau
bagaimanapun, anda perlu menentukan untuk diri sendiri kekerapan dan lamanya
waktu rehat yang anda perlukan, kerana ini berbeza-beza mengikut individu. Jika
anda mengalami apa-apa jenis ketidakselesaan, berhenti menonton imej 3D
sehingga anda berasa lebih baik, dan dapatkan nasihat doktor jika perlu. Rujuk
juga arahan operasi yang dibekalkan dengan peranti atau perisian yang anda
sambungkan atau sedang gunakan bersama-sama kamera ini. Ambil perhatian
bahawa penglihatan kanak-kanak masih berada di peringkat perkembangan
(terutamanya kanak-kanak di bawah umur 6 tahun).
Rujuk pakar pediatrik atau pakar oftalmologi sebelum membiarkan anak anda
melihat imej 3D, dan pastikan dia mematuhi langkah berjaga-jaga di atas apabila
melihat imej sedemikian.
Pada peranti serasi GPS (DSC-TX200V sahaja)
• Gunakan GPS selaras dengan peraturan negara dan rantau tempat anda
menggunakannya.
• Jika anda tidak merekodkan maklumat lokasi dan arah, setkan [Pengesetan GPS]
kepada [Matikan].
MY
26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-tx200v

Table of Contents