Sony Cyber-shot DSC-TX55 Instruction Manual page 96

Digital still camera cyber-shot
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX55:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
• Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik,
badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang
tugas.
• Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
• Berhampiran lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat, memancarkan
sinaran atau merupakan kawasan magnet yang kuat. Jika tidak, kamera mungkin
tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati dan jangan biarkan pasir atau debu memasuki kamera. Ini mungkin
menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini
tidak boleh dibaiki.
Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang
seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau
kerosakan pada kamera.
Lensa Carl Zeiss
Kamera ini dilengkapi dengan lensa Carl Zeiss yang berupaya menghasilkan imej
yang tajam dengan kontras yang sangat baik. Lensa bagi kamera ini telah dihasilkan
di bawah sistem jaminan kualiti yang disahkan oleh Carl Zeiss mengikut piawaian
kualiti Carl Zeiss di negara Jerman.
Nota tentang skrin dan kanta
Skrin diperbuat menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi, maka lebih
daripada 99.99% piksel boleh beroperasi untuk penggunaan yang berkesan. Walau
bagaimanapun, beberapa titik hitam dan/atau titik cerah yang halus (putih, merah,
biru atau hijau) mungkin muncul pada skrin. Titik-titik ini adalah normal dalam
proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas disebabkan penggunaan berterusan,
tetapi ini bukan suatu pincang tugas.
Mengenai perlindungan terlebih panas
Bergantung pada kamera dan suhu bateri, anda mungkin tidak dapat merakam
wayang atau kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi kamera.
Mesej akan dipaparkan pada skrin sebelum kuasa dimatikan atau anda tidak lagi
boleh merakam wayang. Dalam hal ini, biarkan kuasa dimatikan dan tunggu
sehingga suhu kamera dan bateri turun. Jika anda menghidupkan kuasa tanpa
membiarkan kamera dan bateri cukup sejuk, kuasa mungkin dimatikan semula atau
MY
anda mungkin tidak dapat merakam wayang.
24

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents