Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD2383 User Manual

Hide thumbs Also See for HD2383:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

18
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Dengan pembuat sandwic anda yang baru dan kompak ini anda boleh membuat semua jenis
sandwic bakar dengan begitu mudah sekali.
Perihalan umum (gamb. 1)
a Plat masak
B Tab pengunci
C Gegenggam tangan sentuhan dingin
D Lampu merah kuasa hidup
E Lampu hijau pemanasan
F Kemudahan penyimpanan kord
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau kord utama ke dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan setempat
sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau bahagian lain sudah rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
-
Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
-
Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa untuk mengelakkan situasi yang berbahaya.
-
Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
awas
-
Sambungkan peralatan hanya dengan soket dinding yang dibumikan.
-
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat
perkakas itu diletakkan.
-
Suhu permukaan yang boleh diakses mungkin tinggi apabila perkakas beroperasi.
-
Biarkan perkakas menjadi sejuk sepenuhnya sebelum anda membersihkan perkakas atau
menyimpannya.
-
Jangan sentuh plat dengan item yang tajam atau melelas, kerana ini merosakkan permukaan tak
melekat.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
-
Perkakas ini bukan gril dan ia tidak dimaksudkan untuk menyediakan makanan lain selain daripada
sandwic.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Sentiasa bersihkan perkakas selepas digunakan.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd2384