Menggril; Menggabungkan Gelombang Mikro Dan Gril - Samsung CE2933N Panduan Pemilik

Ketuhar gelombang mikro
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggril

Gril membolehkan anda memanaskan atau memerangkan makanan
MA
dengan cepat tanpa menggunakan gelombang mikro. Untuk tujuan ini,
sebuah rak gril (rak logam) dibekalkan bersama dengan ketuhar
gelombang mikro anda.
1. Panaskan gril terlebih dahulu kepada suhu yang
dikehendaki dengan menekan butang Grill dan kemudian
tekan butang 10min, 1min dan 10s.
2. Buka pintu ketuhar dan letakkan makanan di atas rak.
3. Tekan butang Grill. Pilih masa memasak dengan
menekan butang 10min, 1min dan 10s.
4. Tekan butang Start.
Jangan bimbang sekiranya pemanas hidup dan mati semasa
menggril. Sistem ini direka bentuk untuk mencegah ketuhar
daripada menjadi terlampau panas.
Sentiasalah gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh
bekas di dalam ketuhar kerana ia akan menjadi terlalu panas.
Periksa untuk memastikan unsur pemanasan berada dalam
kedudukan mendatar.

Menggabungkan Gelombang Mikro dan Gril

Anda juga boleh menggabungkan gelombang mikro dan gril untuk
memasak dengan cepat dan memerang pada masa yang sama.
SENTIASALAH gunakan perkakas memasak yang tahan ketuhar
dan selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Bekas kaca atau seramik adalah sangat sesuai kerana ia
membolehkan gelombang mikro menembusi makanan dengan
sekata.
SENTIASALAH gunakan sarung tangan ketuhar apabila
menyentuh bekas di dalam ketuhar kerana ia akan menjadi
sangat panas.
1. Pastikan unsur pemanasan dalam kedudukan mendatar;
rujuk muka surat 25 untuk maklumat lanjut.
2. Buka pintu ketuhar dengan menekan butang besar di
penjuru bawah kanan panel kawalan. Letakkan makanan
di atas rak dan letakkan rak di atas pinggan putar. Tutup
pintu ketuhar.
3. Tekan butang Combi.
Pilih aras kuasa yang sesuai dengan menekan butang
Combi sekali lagi sehingga aras kuasa yang sepadan
dipaparkan.
Anda tidak boleh melaraskan suhu gril.
4. Laraskan masa memasak dengan menekan butang
10min, 1min dan 10s.
5. Tekan butang Start.
Hasilnya : Masakan di gabung bermula.
Kuasa maksimum bagi mod gabungan gelombang mikro dan gril
ialah 600W.
16
Apabila masa memasak tamat, ketuhar
berbunyi bip empat kali.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents