Langkah Berhati-Hati Operasi Ketuhar Gelombang Mikro; Waranti Terhad - Samsung MS32DG4504A Series User Manual

Hide thumbs Also See for MS32DG4504A Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk
mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di
dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan
secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.

Langkah berhati-hati operasi ketuhar gelombang mikro

Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan
keselamatan (selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan
keselamatan.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas
digunakan.
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
User_MS32DG4504AGSM_DE68-04755W-00_MS.indd 7
User_MS32DG4504AGSM_DE68-04755W-00_MS.indd 7

Waranti terhad

Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh
pelanggan. Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan
dan mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya,
sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Bahasa Melayu 7
4/24/2024 1:12:50 PM
4/24/2024 1:12:50 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ms32dg4504agsm

Table of Contents