Arahan Keselamatan; Arahan Keselamatan Penting - Samsung MS32DG4504A Series User Manual

Hide thumbs Also See for MS32DG4504A Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan keselamatan

Arahan keselamatan penting

BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang melibatkan
kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam
bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia tidak
bertujuan untuk digunakan seperti:
• kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan persekitaran
bekerja yang lain;
• rumah ladang;
• oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
• persekitaran jenis inap-sarapan;
4 Bahasa Melayu
User_MS32DG4504AGSM_DE68-04755W-00_MS.indd 4
User_MS32DG4504AGSM_DE68-04755W-00_MS.indd 4
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan dalam
ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga api.
Jangan gunakan perkakas ini untuk tujuan lain kecuali memasak.
Pengeringan baju dan pemanasan lapik pemanas, span, kain lembap dan
seumpamanya boleh menyebabkan risiko kecederaan, kebakaran atau
penyalaan. Gunakan perkakas ini untuk penggunaan yang dimaksudkan
sahaja seperti yang dijelaskan dalam manual. Jangan letakkan bahan
kimia atau wap yang mengkakis dalam atau pada perkakas ini. Jenis
ketuhar ini direka khas untuk memanas, memasak atau mengering
makanan. Ketuhar ini tidak direka untuk penggunaan industri atau
makmal.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan pintu
ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan anda
berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus dikacau
atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi
mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun
4/24/2024 1:12:50 PM
4/24/2024 1:12:50 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ms32dg4504agsm

Table of Contents