Download Print this page

Philips AC4055 User Manual page 31

Cleanair system
Hide thumbs Also See for AC4055:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan biarkan air atau sebarang cecair lain atau detergen mudah bakar memasuki perkakas
untuk mencegah kejutan elektrik dan/atau bahaya kebakaran.
-
Jangan bersihkan perkakas dengan air atau sebarang cecair lain atau dengan detergen (mudah
bakar) untuk mencegah kejutan elektrik dan/atau bahaya kebakaran.
Amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan setempat
sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan halang salur masuk dan salur keluar udara, contohnya dengan meletakkan item di salur
keluar udara atau di hadapan salur masuk udara.
Awas
-
Perkakas ini bukan pengganti bagi pengalihan udara yang betul, pembersihan vakum secara tetap
atau penggunaan hud atau kipas pengekstrak semasa memasak.
-
Sekiranya soket dinding yang digunakan untuk mengkuasakan perkakas mempunyai sambungan
yang lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila pastikan anda memasang plag perkakas ke
dalam soket dinding yang disambungkan dengan baik.
-
Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan yang kering, stabil, rata dan mendatar.
-
Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 10cm di bahagian belakang dan di kedua-dua sisi perkakas.
-
Elakkan melanggar perkakas (salur masuk dan salur keluar udara terutamanya) dengan
objek keras.
-
Sentiasa angkat atau alihkan perkakas dengan menggunakan pemegangnya di bahagian belakang
atau tangkainya di kedua-dua sisi.
-
Jangan masukkan jari atau objek ke dalam salur keluar udara atau salur masuk udara.
-
Jangan guna perkakas ini apabila anda menggunakan bahan penolak serangga jenis asap di dalam
rumah atau ditempat yang mempunyai sisa berminyak, kemenyan yang membara, atau wasap
kimia.
-
Jangan gunakan perkakas berhampiran dengan perkakas gas, perkakas pemanasan atau
pendiangan.
-
Sentiasa cabut plag perkakas selepas menggunakannya dan sebelum anda membersihkannya.
-
Jangan gunakan perkakas di dalam bilik dengan perubahan suhu yang besar, kerana ini boleh
menyebabkan pemeluwapan di dalam perkakas.
-
Jangan guna perkakas ini dalam bilik yang lebih besar atau lebih kecil daripada saiz yang
disarankan. Saiz bilik yang disarankan ialah 6m² hingga 20m² untuk AC4055/AC4053 dan 6m²
hingga 40m² untuk AC4065/AC4063.
-
Untuk mengelakkan gangguan, letakkan sekurang-kurannya 2m jauh dari perkakas elektrik
menggunakan gelombang radio bawaan udara seperti TV, radio dan jam yang dikawal radio.
-
Perkakas dilengkapi dengan peranti keselamatan. Jika anda tidak meletakkan penapis zarah ESP,
penapis gas zeolite dan panel hadapan dengan betul, anda tidak boleh menghidupkan perkakas.
BAhAsA MElAyu
1

Advertisement

loading