Sharp FX-S120 Operation Manual page 30

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
KESELAMATAN / LANGKAH BERJAGA-JAGA FUNGSI Wi-Fi
AMARAN
Apabila sedang mengawal pembersih udara dari
jarak jauh
Sekiranya pengendalian jarak jauh dilakukan
dari luar, anda mungkin tidak dapat memeriksa
keadaan semasa pembersih udara atau kawasan di
sekelilingnya dan situasi yang melibatkan sesiapa
sahaja yang mungkin tinggal di sana, oleh itu sila
sahkan keselamatan dengan secukupnya sebelum
mengguna produk ini dari jarak jauh.
1. Pastikan palam elektrik dimasukkan sepenuhnya
ke dalam soket kuasa dan tiada habuk
pada palam atau di dalam lubang soket. (Ini
boleh mengakibatkan palam menjadi panas,
pembakaran, kebakaran dan sebagainya,
disebabkan oleh penyambungan yang salah
atau kegagalan penyambungan.)
2. Pastikan memeriksa persekitaran sekeliling
produk terlebih dahulu, kerana aliran udara
daripada produk boleh menyebabkan fenomena
yang tidak dijangkakan (seperti item tidak stabil
terjatuh ke bawah) dan ini mengakibatkan
kebakaran, kecederaan dan kecacatan harta
benda rumah.
AMARAN UNTUK PENGGUNAAN
1. Persetujuan dengan "Terma Perkhidmatan"
diperlukan untuk menggunakan Aplikasi.
2. Pastikan Aplikasi sudah dikemas kini.
3. Skrin dan ilustrasi dalam buku ini adalah untuk
penerangan, terdapat beberapa perbezaan
berbanding produk sebenar.
4. Dalam keadaan sambungan yang teruk, Aplikasi
mungkin tidak dapat mengawal pembersih udara.
Pengendalian semasa pembersih udara mungkin
tidak ditunjukkan dengan tepat dalam Aplikasi.
5. Mengunci paparan peranti pintar adalah
disyorkan bagi mengelakkan pengendalian yang
salah.
6. Caj komunikasi akan dikenakan dengan muat
turun dan penggunaan Aplikasi.
AMARAN UNTUK Wi-Fi
Amaran untuk penggunaan gelombang elektrik
1. Penggunaan aplikasi itu tidak dijamin di bawah
persekitaran berikut:
a. Berdekatan peranti komunikasi wayarles
®
Bluetooth
dengan menggunakan frekuensi
(2.4GHz) yang sama seperti produk ini.
b. Berdekatan dengan produk yang melepaskan
medan magnet. (misalnya ketuhar gelombang
mikro)
c. Berdekatan dengan tempat yang mempunyai
elektrik statik.
d. Berdekatan dengan tempat gangguan radio
berlaku.
e. Berdekatan dengan peranti komunikasi
wayarles lain.
2. Sambungan dan prestasi Wi-Fi tidak boleh
dijamin untuk semua penghala atau keadaan
persekitaran.
3. Di tempat berikut, sambungan Wi-Fi mungkin
tidak stabil:
a. Di dalam bangunan yang diperbuat dengan
konkrit, tetulang keluli atau logam.
b. Berdekatan dengan halangan.
c. Berdekatan dengan peranti komunikasi
wayarles yang menggunakan frekuensi sama.
Amaran untuk maklumat peribadi (berkaitan
dengan Keselamatan)
1. Menggunakan peranti Wi-Fi mempunyai
kemungkinan berlaku pintasan tanpa mengambil
kira tetapan kod rahsia.
2. Pastikan menggunakan rangkaian di bawah
pengurusan anda.
3. Mulakan peranti apabila dijual, dilupuskan atau
diserahkan daripada/kepada orang ketiga. Lihat
halaman 14 mengenai cara untuk memulakan.
MS-4

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents