Hide thumbs Also See for PR3120:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
18

Amaran

- Air dan tenaga eletrik adalah gabungan yang berbahaya. Jangan gunakan peranti ini di dalam
persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau
kolam mandi).
- Jangan gunakan peranti apabila kaca rosak atau tiada, atau jika salutan kaca rosak.
- Jangan sentuh kaca atau bahagian depan peranti apabila ia dihidupkan. Permukaan adalah sangat
panas dan boleh menyebabkan kesan bakar pada kulit (lihat 'Awas') anda.
- Jangan sekali-kali menjatuhkannya peranti. Ini mungkin menyebabkan malfungsi peranti atau
menyebabkan kejutan eletrik.
- Jangan benarkan air memasuki peranti atau tumpahkan air ke atas peranti.
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada peranti sepadan dengan voltan sesalur tempatan
sebelum anda menyambungkan peranti.
- Jika kord sesalur rosak, kord itu mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan tinggalkan peranti tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
- Peranti ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan peranti ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
- Peranti ini tidak dimaksudkan untuk penggunaan kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah diawasi
untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan peranti ini.
- Sentiasa lindungi peranti terhadap penggunaan tidak dibenarkan dengan menyimpan peranti
mengikut arahan (lihat 'Penyimpanan') storan.
- Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak dan haiwan kesayangan untuk mengelakkan
risiko kebakaran dan kecederaan lain disebabkan sentuhan dengan peranti atau peranti terjatuh.
Kord berpotensi menyebabkan bahaya tercekik. Jauhkan kord daripada capaian kanak-kanak dan
haiwan peliharaan.
- Peranti ini dimaksudkan untuk rawatan kesakitan pada otot dan sendi, dan kekejangan pada otot
dan sendi, dan bukannya untuk rawatan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan yang
lain.
- Elakkan kepanasan melampau pada kulit, kehangatannya hendaklah selesa bagi anda sepanjang
rawatan.
- Untuk mengelakkan kerosakan mata, elakkan pendedahan mata terhadap sumber cahaya dalam
jarak 1 meter dari peranti. Jangan lihat pada sumber cahaya lampu, ini mungkin menyebabkan
kerosakan mata.
- Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6 - 8 kali rawatan, hentikan penggunaan peranti
ini dan rujuklah doktor anda.
- Jangan tidur semasa rawatan.
- Jangan ubah suai peralatan ini.
- Jangan letakkan objek mudah bakar dan/atau sensitif haba (seperti peranti elektronik) berdekatan
peranti.
- Penggunaan peralatan ini bersebelahan atau bertindan dengan peralatan lain perlu dielakkan
kerana ini boleh menyebabkan operasi tidak betul. Jika penggunaan tersebut diperlukan, peralatan
ini dan peralatan lain perlu dipastikan beroperasi seperti biasa."

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents