Bosch MMB42 GB Series Instruction Manual page 11

Hide thumbs Also See for MMB42 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah tangga 
dan di sekitar rumah. Guna pekakas hanya untuk kuantiti dan masa 
penyediaan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk mengadun makanan cecair atau 
separa pepejal, untuk memotong / mencincang buah-buahan 
dan sayursayuran mentah, untuk memurikan makanan dan untuk 
memotong makanan sejuk beku (seperti buah-buahan) atau 
menghancurkan kiub ais. Ia tidak boleh digunakan untuk memproses 
objek atau bahan yang lain. 
Aplikasi tambahan boleh digunakan, apabila menggunakan aksesori 
lain yang diluluskan oleh pengilang. Gunakan alat hanya dengan 
bahagian dan aksesori asli yang diluluskan. Jangan gunakan 
pemasangan ini untuk peranti lain. 
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan 
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting.
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan! 
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat. Ketidakpatuhan 
terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan betul akan 
mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan 
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman 
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut 
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan 
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas 
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau 
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
  ■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi 
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda 
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada 
peralatan, seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh 
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan 
bahaya.
  ■ Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan dengan 
permukaan panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa 
bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di atas 
bahagian sisi yang tajam. 
Pengendalian mengikut peraturan
ms
11

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mmb21 gb series

Table of Contents