Briggs & Stratton 54E000 Operator's Manual page 36

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Maklumat Umum
Manual ini mengandungi maklumat keselamatan tentang bahaya dan risiko
berkaitan enjin dan cara mencegahnya. Ia turut mengandungi maklumat operasi dan
penyelenggaraan yang betul bagi enjin ini. Ia penting agar anda membaca, memahami
dan mematuhi arahan ini. Simpan manual ini bagi rujukan masa depan.
NOTA: Rajah dan ilustrasi dalam manual ini disediakan sebagai makluman sahaja dan
mungkin berbeza daripada model anda. Gunakan rajah yang selaras dengan konfigurasi
enjin anda. Jika perlu, bercakap dengan Pengedar Servis yang Sah.
Catatkan tarikh pembelian, model enjin, jenis, trim, dan nombor siri enjin untuk alat
ganti. Nombor-nombor ini ada pada enjin anda. Rujuk bahagian Ciri-ciri dan Kawalan.
Tarikh Pembelian
Model Enjin - Jenis - Trim
Nombor Siri Enjin
Maklumat Hubungan Pejabat Eropah
Untuk pertanyaan mengenai pelepasan Eropah, sila hubungi pejabat Eropah kami di:
Max-Born-Straße 2, 68519 Viernheim, Germany.
Kesatuan Eropah (EU) Peringkat V (5): Nilai
Karbon Dioksida (CO2)
Masukkan CO2 ke dalam tetingkap carian di BriggsandStratton.com untuk mencari nilai
karbon dioksida bagi enjin Briggs & Stratton dengan Sijil Perakuan Jenis EU. 
Maklumat Kitar Semula
Kitar semula semua karton, kotak, minyak terpakai, dan
bateri sepertimana yang dinyatakan oleh peraturan kerajaan.
Keselamatan Pengendali
Simbol Amaran Keselamatan dan Perkataan Isyarat
Simbol amaran keselamatan
mengenai bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan diri. Kata isyarat (BAHAYA,
AMARAN, atau AWAS) digunakan untuk menandakan kemungkinan dan potensi
tahap kecederaan. Selain itu, simbol bahaya digunakan untuk mewakili jenis bahaya.
BAHAYA menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, akan menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AMARAN menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, boleh menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AWAS menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan, boleh menyebabkan
kecederaan yang ringan atau sederhana.
NOTIS menunjukkan maklumat yang dianggap penting tetapi tidak berkaitan dengan
bahaya.
Simbol Keselamatan dan Makna
Maklumat keselamatan
mengenai bahaya yang
boleh mengakibatkan
kecederaan diri. 
Bahaya Kebakaran
Bahaya Renjatan
36
mengenal pasti maklumat keselamatan
Baca dan fahami Manual
Pengendali sebelum
mengendalikan atau
melakukan servis kepada
unit ini. 
Bahaya Letupan
Bahaya Wasap Toksik
Bahaya Permukaan Panas
Bahaya Amputasi -
Bahagian Bergerak
Mesej Keselamatan
AMARAN 
Enjin Briggs & Stratton® tidak direka untuk tujuan dan tidak boleh digunakan untuk
menjana kuasa: fun-kart; go-kart; kenderaan kanak-kanak, kenderaan rekreasi
atau kenderaan sukan serba rupa bumi (ATV); motosikal; hoverkraf; produk
pesawat udara atau kenderaan yang digunakan dalam acara kompetitif yang tidak
dibenarkan oleh Briggs & Stratton. Untuk maklumat mengenai produk perlumbaan
kompetitif, lihat www.briggsracing.com. Untuk kegunaan dengan kenderaan utiliti
dan ATV bersebelahan, sila hubungi Briggs & Stratton Power Application Center,
1-866-927-3349. Penggunaan enjin yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan
serius atau kematian.
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Apabila anda menambah bahan api
Hentikan enjin. Sebelum anda menanggalkan tukup bahan api, tunggu
sekurang-kurangnya dua (2) minit untuk memastikan enjin sejuk.
Isi tangki bahan api di luar atau di kawasan yang mempunyai aliran udara yang
baik.
Jangan isi terlalu banyak bahan api dalam tangki. Untuk pengembangan bahan
api, jangan isi melebihi bahagian bawah leher tangki bahan api.
Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan terbuka, lampu ujian, haba
dan sumber penyalaan lain.
Periksa saluran bahan api, tangki bahan api, tukup bahan api, dan sambungan
dengan kerap untuk mengesan retakan atau bocoran. Gantikan bahagian yang
rosak.
Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia kering sebelum anda memulakan
enjin.
Apabila anda memulakan enjin
Pastikan palam pencucuh, peredam bunyi, tukup bahan api dan pembersih
udara (jika dilengkapi) dipasang dengan betul.
Jangan engkol enjin dengan palam pencucuh dikeluarkan.
Jika enjin banjir, tetapkan pencekik (jika dilengkapi) ke posisi BUKA atau
JALANKAN. Gerakkan pendikit (jika dilengkapi) ke posisi LAJU dan engkol
sehingga enjin hidup.
Jika terdapat kebocoran gas asli atau LP di kawasan tersebut, jangan mulakan
enjin.
Memandangkan wap adalah mudah terbakar, jangan gunakan bendalir pemula
bertekanan.
Apabila anda mengendalikan peralatan
Jangan condongkan enjin atau peralatan pada sudut yang menyebabkan bahan
api tumpah.
Jangan cekik karburetor (jika dilengkapi) untuk menghentikan enjin.
Jangan mulakan atau kendalikan enjin dengan pembersih udara (jika dilengkapi)
atau penapis udara (jika dilengkapi) ditanggalkan.
Apabila anda melakukan penyelenggaraan
Jika anda menyalirkan minyak dari tiub pengisi minyak atas, tangki bahan api
mesti kosong. Jika tangki tidak kosong, kebocoran bahan api boleh berlaku
dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
Jika unit perlu dicondongkan semasa penyelenggaraan, pastikan tangki bahan
api, jika dipasang pada enjin, adalah kosong dan bahagian palam pencucuh
berada di atas. Jika tangki bahan api tidak kosong, kebocoran boleh berlaku
dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.
Periksa saluran bahan api, tangki bahan api, tukup bahan api, dan sambungan
dengan kerap untuk mengesan retakan atau bocoran. Gantikan bahagian yang
rosak.
Jangan ubah pegas pengawal imbang, pautan atau bahagian lain untuk
meningkatkan kelajuan enjin.
Jangan ketuk roda tenaga dengan tukul atau objek keras. Ini boleh
menyebabkan kegagalan roda tenaga semasa operasi.
Bahaya Tendangan Balik
Paras Bahan Api -
Maksimum
Jangan Isi Berlebihan
vanguardpower.com

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

54000061e00061000061a00061g20061g300

Table of Contents