Membuat Atau Menerima Panggilan; Mengalami Masalah; Perlukan Lebih Bantuan; Penyimpanan Jabra A210 - Jabra A210 User Manual

Universal bluetooth adapter for mobile phones
Hide thumbs Also See for A210:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

5

Membuat atau menerima panggilan

Buat atau terima panggilan menggunakan pad kekunci telefon anda seperti biasa.
Panggilan berkenaan secara automatik dipindahkan ke set kepala anda.
NOTA: Sekiranya telefon berkenaan tidak memberi tindak balas terhadap 'ketukan
perlahan' butang jawab/tamat set kepala, sebagai contoh menamatkan panggilan
atau mengaktifkan pendailan suara, tekan butang berkenaan lama sedikit. Sila rujuk
halaman 43 bagi penjelasan untuk Ketukan perlahan, Tekan dan Tekan dan pegang.
6

Mengalami Masalah?

Sekiranya anda mengalami masalah dengan sambungan antara JABRA A210 dan set
kepala atau telefon pembesar suara Bluetooth JABRA anda, adalah dinasihatkan
agar mengeset semula penyesuai berkenaan. Untuk mengeset semula penyesuai
anda, tekan butang berpasangan dan butang hidupkan/matikan secara serentak.
7

Perlukan lebih bantuan?

Web: www.jabra.com (for the latest support info and online User Manuals)
8

Penyimpanan JABRA A210

1. Sentiasa simpan JABRA A210 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan
selamat.
2. Elakkan penyimpanan pada suhu yang tinggi (melebihi 45°C / 113°F) – seperti
cahaya matahari terus. (Penyimpanan pada suhu yang tinggi boleh mengurangkan
prestasi dan mengurangkan hayat bateri). Suhu yang rendah (sehingga -10°C / 14°F
akan memendekkan hayat bateri dan mungkin mempengaruhi operasi tetapi tidak
seharusnya merosakkan JABRA A210 secara kekal
3. Jangan dedahkan JABRA A210 kepada hujan atau cecair lain.
46
9

Waranti

JABRA (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan pembuatan
bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti ini dan
tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.
Satu salinan resit anda atau sebarang bukti pembelian yang lain adalah diperlukan. Tanpa
bukti pembelian, waranti anda didefinisikan sebagai bermula pada tarikh pengeluaran
yang dilabelkan pada produk berkenaan.
Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk
dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak
betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Tanggungjawab produk-produk JABRA (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan
atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri.
Sebarang waranti tersirat pada produk-produk JABRA (GN Netcom) adalah terhad kepada
satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang kord atau
penyambung.
Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen boleh
guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti mikrofon
cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori lain.
JABRA (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan
atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang
produk JABRA (GN Netcom).
Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain yang
berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan.
Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam
sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas unit ini,
sama ada semasa atau selepas tempoh waranti. Ia mesti dikembalikan ke tempat
pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan.
JABRA (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau
kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. Sebarang kerja pembaikan pada produk-
produk JABRA (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan
sebarang waranti.
47

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents