Terima Kasih; Gambaran Keseluruhan Jabra A210; Keserasian Telefon - Jabra A210 User Manual

Universal bluetooth adapter for mobile phones
Hide thumbs Also See for A210:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Terima kasih

Tahniah ke atas pilihan anda terhadap Penyesuai Bluetooth® JABRA A210. JABRA A210
menyediakan sambungan Bluetooth tanpa wayar antara telefon bimbit bukan
Bluetooth anda dan set kepala atau telefon pembesar suara Bluetooth JABRA anda,
supaya anda boleh menikmati keselesaan dan kemudahan komunikasi bebas tangan
dengan telefon bimbit anda.
!
Memandu dengan selamat
Penggunaan telefon bimbit semasa memandu akan mengalihkan perhatian pemandu
yang mungkin akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan.
Apabila menggunakan telefon semasa memandu, pendekkan perbualan dan jangan
mencatat nota atau membaca dokumen. Sebelum menjawab panggilan, pertimbangkan
keadaan anda. Gerakkan kenderaan ke tepi dan berhenti sebelum membuat atau
menjawab panggilan apabila keadaan pemanduan memerlukannya (contohnya cuaca
buruk, keadaan trafik sesak, kehadiran kanak-kanak di dalam kereta, persimpangan atau
belokan yang sukar.)
Ingatlah, pemanduan lebih penting, bukannya panggilan berkenaan!
Patuhi undang-undang tempatan.

Gambaran keseluruhan JABRA A210

1 Butang hidupkan / matikan
2 Butang berpasangan
3 Stilus untuk mengaktifkan butang
berpasangan
4 Suis tetapan 3-kedudukan
5 Lampu biru (LED) menandakan
hidupkan / matikan
42
7
6 Lampu merah (LED) menandakan
pengecasan dan bateri lemah
7 Klip tali pinggang
Velcro untuk memasangkan ke bahagian
belakang telefon bimbit
5
1
2
4
6
3
Ringkasan ciri-ciri
Masa bual sehingga 8 jam dan masa tunggu sedia sehingga 240 jam
Bluetooth versi 1.2
Membenarkan jawab dan tamatkan panggilan
Menyokong pendailan suara (tertakluk kepada telefon)
Jarak 10 meter (33 kaki)

Keserasian telefon

JABRA A210 adalah serasi dengan kebanyakan telefon bimbit bukan Bluetooth yang
popular yang mempunyai jek set kepala 2.5 mm standard.
SEBELUM MENGGUNAKAN PENYESUAI
BLUETOOTH JABRA A210 ANDA
JABRA A210 direka bentuk supaya ia mudah dikendalikan dengan sebilangan butang
kawalan yang minimum.
Butang-butang pada penyesuai Bluetooth dan set kepala atau telefon pembesar suara
JABRA anda akan menyediakan operasi alternatif bergantung kepada tempoh masa ia
ditekan.
Arahan:
Ketuk perlahan
Tekan
Tekan dan pegang 5 saat
Rajah 1
Tempoh tekan:
Tekan sekejap
0.5 - 1 saat
43

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents