ms
Alat pelecek
■ Gerakkan alat pelecek ke atas dan
bawah, sehingga puri mencapai
konsistensi yang diingini.
■ Selepas penyediaan, lepaskan butang
menghidupkan.
Selepas menggunakan perkakas
■ Tanggalkan plag.
■ Tekan butang-butang pelepas dan
tanggalkan unit asas dari lekapan gear.
■ Buka alat pelecek daripada lekapan
gear dengan satu pusingan melawan
arah jam.
Pembersihan
Perhatian!
Jangan sesekali merendam lekapan gear
ke dalam cecair dan jangan mencuci di
bawah air yang mengalir atau di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
■ Bilas lekapan gear dengan kain lembap.
■ Bersihkan alat pelecak dengan serta-
merta selepas penggunaan. Jangan
keringkan sisa seperti di bawah.
Masukkan sedikit air suam dengan
bahan cuci ke dalam bekas yang
sesuai. Rendam alat pelecek di dalam
air dan buka perkakas selama lebih
kurang 10 saat.
■ Padel alat pelecek boleh menjadi sedikit
longgar (Pusing mengikut arah jam),
semasa lekapan gear masih dipasang
pada alat pelecek.
■ Alat pelecek dan padel alat pelecek
boleh dibersihkan dengan mesin basuh
pinggan mangkuk.
■ Selepas padel alat pelecek dibersihkan,
periksa supaya tiada sisa berada di
dalam pembukaan kunci. Keluarkan
jika ada dengan bilah kayu (contohnya
cungkil gigi).
■ Pemasangan dibuat dengan pusingan
padel alat pelecek melawan arah jam.
10
Tip:
– Gunakan pengikis doh atau sudu plastik
untuk mengeluarkan sisa makanan.
Jangan ketuk pada bucu yang keras!
– Bagi penyediaan, contohnya, lobak
merah dan kubis merah, bahagian
plastik boleh berubah warna, ini boleh
dihilangkan dengan beberapa titis
minyak masak.
Contoh penggunaan
Kentang lecek
– 1 kg kentang yand dimasak
– 0.15 l susu suam
– 50 g mentega lembut
■ Masukkan bahan ini ke dalam bekas
yang sesuai dan proseskannya dengan
alat pelecek selama lebih kurang
1 minit.
■ Untuk siapkannya, letakkan garam,
lada, serbuk buah pala dan secubit kulit
kayu manis, bergantung kepada rasa.
Kemungkinan terdapat perubahan.